Friday, March 18, 2011

Jangan Beli Kereta Terpakai!

Assalamualaikum.

ha. dengan nada serius.
JANGAN BELI KERETA TERPAKAI!!

okie. aku nak cerita berdasarkan pengalaman aku.
tapi aku bukan beli la.
aku pakai je kereta terpakai.
tak kisahla 2nd hand ke, 3rd hand ke. tak kisahlah bape bnyak hand,
yang penting bukan 1st hand. hee.

macam2 masalah guna kereta second ni.
orang kata kalau pandai beli/pilih,
okey je, enjin ok. masalah tak de.
tapi kereta bukan nak tengok kat enjin je kan.
ahhhhhh!!!! what the hecks!

aku da guna kereta second ni, dah setahun dah.
dapat je lesen, abang aku dengan baik hatinya terus bagi guna kereta tu.
tapi, banyak lak masalah bila kat aku.

1.  Tayar botak
ha. aku tau, korang mesti nak cakap kan, semua kereta tayar akan botak. tapi aku nak tetap jugak cakap, tayar kereta 2nd selalu dah botak. kereta aku guna tak sampai tiga bulan kat tangan aku, dah mengakibatkan kemalangan kecil di waktu senja yang renyai2. dah pasal menggigil aku. malu aku! hilang macho. <-macho la sangat, hek. dah sebulan lepas kemalangan, baru perasan tayar dah botak. dah ke habis duit tukar 4,4 tayar. haish.

2. Bateri Kong
ni lagi satu masalah. bateri kong. tak sampai seminggu aku tukar tayar, kereta pulak mati sebab bateri kong. nasib baik time tu aku pergi pasar, dan parking dekat2 kedai kereta. selamatlah sikit. buatnya aku tengah on da way balik Melaka, dan mati di tengah-tengah jalan, tak keharu? camno tu?

3. Cermin Bocor
benda ni aku rasa kereta baru tak penah pulak berlaku kan. besh woo mandi hujan dalam kereta. hahaha. da macam pondok usang, bila kereta bocor lalu air menitis ke anggota badan bila hujan. uh oh. korang cubalah rasa. syiok abes. :)) serius aku tak tipu!

4. Signal tak berfungsi
ahhh! ni benda pun satu masalah. signal tu kan penting. kang aku tak bagi signal nak masuk selekoh, kemalangan jiwa berlaku kang, tak ke satu hal kan. tak pun, aku asyik kena maki je dengan orang yang tunggu, ingat aku nak terus. tak pasal-pasal aku dapat pahala free. tak naklah kan. tak syok maki2 ni, apatah lagi dimaki kan. even tak dengar. makan dalam tu..<-selalu maki orang yang tak reti bagi signal. hee. dah aku betulkan, masih sama je signal dia. adalah improve sikit. hidup-hidup mati signalnya. okielah kan, dari mati-mati hidup.

5. Tong gas ekon bocor!
yang ni paling aku hangin! serius tak tipu. ahhhhhhhh!! tension mak bila kereta tak ada ekon. panas-panas, macam dalam sauna! ahhhh. aku mahu betulkan, tapi tak ada duit. bengang. bengang. bengang! tolonglah derma ikhlas untuk aku, bagi aku duit untuk betulkan ekon. sob.sob :((

kesimpulannya: janganlah beli kereta terpakai. sakit hati weh. memang lah enjin ok, tapi rosak yang kecik-kecik tu, asyik betulkan. tak ke abis duit jugak. baik beli kereta baru. bak kata orang, "alah membeli menang memakai". eh, betul ke aku nye peribahasa tu?

p/s: bersyukur memakai kereta terpakai kerana tidak perlu membayar apa-apa. heee

okie. stop here, chow.
charlo betey!

3 comments:

Miss Ran said...

tau takpe..sabo jekla..hehe

ayh aku da btolkn hon..boleh mngehon otg=P

kamal tau tk?

Masz Mukhtar said...

oit. niat salah, pasni hon makan diri. wee..

tau. kene pakse, baru tpn kedai tu.
hangin!!!!!!!

Cik Bidadari said...

kita takda pengalaman beli keta... selalu lenjan keta baba kita aja. tapi yg paling tepat tayar botak dengan ekon... serius... smpaikan member nasihatkan kalau beli 2nd hand nie kena tanya dulu siapa 1st hand dia... heeeeeeeeeee kalau pompuan sure body luar mantop... tapi enjin...... buuuuuuuuuuuu.... erkkkkkkkkk jgn marah tau... 'ni ikut pengalaman member beli keta 2nd hand nie' serius ikutlah idea aku.

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages