Friday, March 18, 2011

Jangan Beli Kereta Terpakai!

Assalamualaikum.

ha. dengan nada serius.
JANGAN BELI KERETA TERPAKAI!!

okie. aku nak cerita berdasarkan pengalaman aku.
tapi aku bukan beli la.
aku pakai je kereta terpakai.
tak kisahla 2nd hand ke, 3rd hand ke. tak kisahlah bape bnyak hand,
yang penting bukan 1st hand. hee.

macam2 masalah guna kereta second ni.
orang kata kalau pandai beli/pilih,
okey je, enjin ok. masalah tak de.
tapi kereta bukan nak tengok kat enjin je kan.
ahhhhhh!!!! what the hecks!

aku da guna kereta second ni, dah setahun dah.
dapat je lesen, abang aku dengan baik hatinya terus bagi guna kereta tu.
tapi, banyak lak masalah bila kat aku.

1.  Tayar botak
ha. aku tau, korang mesti nak cakap kan, semua kereta tayar akan botak. tapi aku nak tetap jugak cakap, tayar kereta 2nd selalu dah botak. kereta aku guna tak sampai tiga bulan kat tangan aku, dah mengakibatkan kemalangan kecil di waktu senja yang renyai2. dah pasal menggigil aku. malu aku! hilang macho. <-macho la sangat, hek. dah sebulan lepas kemalangan, baru perasan tayar dah botak. dah ke habis duit tukar 4,4 tayar. haish.

2. Bateri Kong
ni lagi satu masalah. bateri kong. tak sampai seminggu aku tukar tayar, kereta pulak mati sebab bateri kong. nasib baik time tu aku pergi pasar, dan parking dekat2 kedai kereta. selamatlah sikit. buatnya aku tengah on da way balik Melaka, dan mati di tengah-tengah jalan, tak keharu? camno tu?

3. Cermin Bocor
benda ni aku rasa kereta baru tak penah pulak berlaku kan. besh woo mandi hujan dalam kereta. hahaha. da macam pondok usang, bila kereta bocor lalu air menitis ke anggota badan bila hujan. uh oh. korang cubalah rasa. syiok abes. :)) serius aku tak tipu!

4. Signal tak berfungsi
ahhh! ni benda pun satu masalah. signal tu kan penting. kang aku tak bagi signal nak masuk selekoh, kemalangan jiwa berlaku kang, tak ke satu hal kan. tak pun, aku asyik kena maki je dengan orang yang tunggu, ingat aku nak terus. tak pasal-pasal aku dapat pahala free. tak naklah kan. tak syok maki2 ni, apatah lagi dimaki kan. even tak dengar. makan dalam tu..<-selalu maki orang yang tak reti bagi signal. hee. dah aku betulkan, masih sama je signal dia. adalah improve sikit. hidup-hidup mati signalnya. okielah kan, dari mati-mati hidup.

5. Tong gas ekon bocor!
yang ni paling aku hangin! serius tak tipu. ahhhhhhhh!! tension mak bila kereta tak ada ekon. panas-panas, macam dalam sauna! ahhhh. aku mahu betulkan, tapi tak ada duit. bengang. bengang. bengang! tolonglah derma ikhlas untuk aku, bagi aku duit untuk betulkan ekon. sob.sob :((

kesimpulannya: janganlah beli kereta terpakai. sakit hati weh. memang lah enjin ok, tapi rosak yang kecik-kecik tu, asyik betulkan. tak ke abis duit jugak. baik beli kereta baru. bak kata orang, "alah membeli menang memakai". eh, betul ke aku nye peribahasa tu?

p/s: bersyukur memakai kereta terpakai kerana tidak perlu membayar apa-apa. heee

okie. stop here, chow.
charlo betey!

Thursday, March 17, 2011

Making A Cute Cartoon

okie,
ni 1st time aku nak join contest,
aku bukak Facebook tadi, dan aku diinvited join contest ni.
dari SB kan.

so, dengan gedik-gedik. aku pun joinlah!
macam besh je contest ni,

nak join jugak,
klik nama beliau untuk pergi blog cik Husdee ni ek .

ok. ni gambar aku lukis.
biasala macam budak-budak.
lukis pun pakai tangan,
da la tak berseni, buta IT pulak tu,
uh oh.

ni gambar sebelum aku warna

huduh bukan. aku memang warna comot


okie tuan punya contest.
terima la ye.
suka tak suka, terima jugak! hehee.
okie. stop here,
charlo betey.


Selamat Ber-Konvo

Assalamualaikum

Selamat Ber-graduated Mohd Iqbal!

okie. entry kali ni, aku nak tujukan khas untuk beliau.
hmm. ucapan selamat dan tahniah untuk beliau.
dah konvo dah dia.
sekejap je rasa,
pejam celik, pejam celik, dah abis belajar dah.
dah kerja pun.

okie, disebabkan beliau sedih,
dan kecewa tak pergi konvo.
aku nak bagi semangat lah kan.nampak macam awek yang baik kan? hee
bayangkan ini kamu ye, yela.siapa suruh tidak pergi konvo
 untuk Iqbal:
jangan kecewa ye,
nanti sambung belajar lagi
buatlah second degree ke,
sambung master ke,
pergilah konvo tu ye.
nanti aku teman.
confirm!

P/S; ada apa pada konvo.
hanya majlis serah kertas sekeping saja.

okie,
stop here, chow
charlo betey

Tuesday, March 15, 2011

Doodle Dekat Payung Pulaklah!


Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Bajet  macam ada ramai pembaca. Hehe.
Aku memang syok sendiri.

Bosan bukan? Sekarang aku cuti.
Tak tahu nak buat apa.
Bukak lappy pun jarang-jarang.
Internet pulak slow macam siput sedut.
Rugi je bayar tiap-tiap bulan.
Serius, aku tidak tipu!
 Haish. Nak tahu perkembangan dunia luar pun susah.
Nak blogging tak boleh,
Nak facebook-ing rasa macam nak maki.
Apatah lagi nak berblog-walking.
Memang tak dapat lah jeng. Uh oh.

Jadi, untuk mengisi masa lapang seminggu ni,
Aku dah buat doodle dekat payung. 0h ko, buat assignment malas. Hee
Payung tu aku buat untuk kawan aku.
Bak kata dia, nak love-love.
Aku buatkanlah. Tapi hasilnya macam biasa lah.
masih lagi comot hasilnya.

P/S; sorry Pipah, sebab comot,
Cat tu tak sesuai untuk payung tu.
Dah buat, baru perasan. Sorry k. Hehe

Okie, stop here,
Chow. Charlo betey

Thursday, March 10, 2011

Tempat Letak Alat Tulis.

assalamualaikum.

entry kali ini aku nak cerita pasal tempat letak alat tulis aku.
aku dah doodle-doodle dah.
tak adalah cantik, tapi aku suka.
atleast okey la kan, daripada kosong je.

okie. benda ni dah lama aku buat.
adalah dalam sebulan.
saja nak tunjuk-tunjuk.(gila tak besh kan?) haha
benda ni sama je dengan header aku.
cuma header tu aku edit-edit,
bagi kurang comot sikit je.


so, jom tgk hasil dia.
ni pas aku doodle2, dan belum warna lagi

dan ini adalah selepas. aku main warna je, dan hasilnya adalah comot!


nila fungsi dia. sebagai kotak letak alat tulis yang gembira dan comot! hahaha

notapakaki:
walaupun tak cantik, tapi aku suka! <-- ini namanya syok sendiri. heee

okie. stop here,
chow.
charlo betey

Tuesday, March 1, 2011

Kenapa Perlu?


Assalamualaikum.

Lama aku tak update. Aku bukan jenis rajin menaip.

Okie.  Tak ada benda sangat aku nak tulis. Just nak tulis apa yang aku terfikirkan.
Kenapa orang selalu addict dengan alam maya? Eh. Alam maya ek nama dia?
Pelik bukan. Cth macam blogging. YM, facebook-ing.

Adoyai.
Siapa-siapa yang addict, boleh bagitau aku sebab kenapa korang lebih suka berada dekat depan PC/ lappy korang berjam-jam semata-mata? Yela. Mula-mula kawan-kawan, merepek-merepek, pas tu teman-teman, pastu jatuh sayang dan sebagainya lah!

Bagi aku banyak keburukannya. Contoh:
1.    1. Tak kenal siapa orang yang korang berhubung sentiasa tu. Buatnya orang tu perompak ke, penipu ke, jobless ke. Korang pun senang2 fall in love kan.

2.   2.  Semua orang tau apa yang korang rasa/ buat. Yelah. Kalau blogging, setiap 20 minit sekali ko nak update entry ko. Tak ke orang tau? Cam FB, ko asyik nak update status ko aje. Sampai benda kecil pun nak tulis. Tak macam f**k pulak kan. Buat penuh home/ dashboard je.

3.    3. Korang perasan tak, bila korang terlalu percaya dengan alam maya, kita addict sangat, korang sampai tak sedar dengan persekitaran kita. I mean, yg realiti berkaitan orang berhampiran korang. Korang leka, sampai kadang-kadang roomate sakit ke, lapar ke, sampai tak perasan (ni utk yang duduk asrama la). Kadang-kadang boleh kita berapa patah perkataan yang korang borakkan dalam bilik kan. Yela. Masing-masing asyik mengadap PC/lappy je. Kalau aku, entahla. Mungkin sebab aku banyak cakap, jadi aku WAJIB bercakap dengan words yang banyak dengan roomate aku. Kan PIJA kan? Hahaha
4.      
4. Orang yang addict dalam alam maya ni, orang ni selalunya dia punya self esteem rendah. Yeke? Itu aku rasa lah. Mungkin bagi mana-mana rasa diri mereka tak handsome, tak cantik, bila dekat alam maya, dia rasa berkeyakinan. Dialah yang paling cantik. Paling handsome. Edit pic  mana-mana yang kurang bagi dia, lepas tu buat header besar-besar gedabak. Lepas tu orang puji-puji. Orang bercakap. “Oh.. Si Polan bt Si Polan tu lawa kan. Nak ikut la style cam dia”. “Eh, si Polan bin si polan tu handsome. Suka la.” Siapa tak suka bila kena puji. Jangan tipu! Aku pun suka kena puji. Kan korang yang addicted dengan alam maya ni jadi dihargai kan!

Banyak lagi aku rasa keburukan. Semua benda ada pro and kontra kan. Aku bukan tulis sebab aku jelesh. Sumpah, aku tak jelesh sikit bila korang punya friends sampai berpuluh ribu. Follower beriban-riban. Tapi buat apa. Kalau setakat kat alam maya tu aja. 

Cuba aku tanya la kan.
Misalnya korang sakit, korang yang macam kategori no 3 tu. Siapa yang akan bantu korang? Orang yang dekat persekitaran korang yang korang acuh tak acuh sangat ke, or rakan-rakan alam maya yang korang rasa dialah rakan sehidup semati. Habaq sat mai!

Okie, benda ni pandangan aku aja. Buat apa nak terlalu taksub dengan benda ni kan. Tak banyak faedahnya. Baik korang sedar sikit dengan alam realiti, dekat sekeliling korang ni. Ni lah nanti yang bantu korang bila korang susah.

Sekian.
Charlo betey

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages