Wednesday, October 13, 2010

This Is My Priority

akhirnya, dapat jugak aku buat blog aku ni private,
jadi bia aku je yang baca apa yang aku tulis.
benda ni lebih sesuai jadi aku punya diari kan.
tem[pat luahkan perasaan.
kemenyampahan.
kebengangan.
dan kesukaan.
 hanya untuk aku sendiri.
gembira rasanya.

Sunday, October 10, 2010

Berikan Aku Masa


Aku tak suka dengan diri aku sekarang. Perasaan aku. Benda ni buat aku jadi rimas dengan diri sendiri. Kenapa aku perlu jadi orang yang kisah? Kenapa aku perlu jadi orang yang sensitif? Adakah sebab persekitaran atau keturunan. Wallahualam.

Hmm. Susah kan bila kita rasa kisah semua. Bila masing-masing cuba menunjukkan sifat dan sikap sebenar, dan tiba-tiba kita menjadi seorang yang begitu kisah..kenapa. dan mengapa? Adakah sebab aku terlalu memikirkannya? Atau hanya khayalan semata.
Dulu aku tak macam ini. Aku biasa. Semua benda biasa bagi aku. Tapi sekarang. Aku asyik memikirkannya. Aku rasa terbeban. Tertekan. Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku yang jadi sensitif? Kenapa. kenapa.

Maaf. Aku bukan insan yang sempurna. Bukan seperti Malaikat. Yang sentiasa melakukan kebaikan, tanpa sedikit pun niat untuk melakukan kejahatan. Aku hanya manusia yang hina. Lemah. Terlalu akur pada hati dan nafsu, hingga aku terlupa bahawa di atas sana ada Dia. Ya Allah. Betapa hinanya aku. Bila aku melakukan sesuatu perkara tanpa rasa keikhlasanku. Dan penuh dengan keraguan.

Aku mencuba untuk menjadi sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ni. Aku cuba tidak terlalu bergantung kepada sesiapa. Aku cuba hidup sendirian. Kerana aku tahu, tidak setiap masa semua boleh menemankan aku bila aku kesunyian.

Aku cuba untuk tidak menjadi terlalu cerewet. Aku cuba tidak menyusahkan sesiapa. Aku cuba tidak mengecilkan hati sesiapa. Aku cuba untuk berfikir sebelum mengeluarkannya. Tapi aku tidak mampu untuk melakukannya. kerana aku memang biasa dengan diri aku yang pentingkan kesempurnaan. Bagilah aku masa agar keadaan menjadi baik seperti sedia kala.

Aku juga manusia. Punya perasaan yang sama. Macam mereka semua. Tapi mungkin cara aku membuatkan mereka menjarakkan diri mereka. Agar mereka tidak lagi rasa terhina. Dengan tingkahlaku dan kelancangan mulut aku bila melontarkan suara.

Aku cuba menjadi seperti biasa.
Tapi hati aku tidak membenarkannya.
Adakah aku hanya mementingkan diri semata-mata.
Biarlah masa menentukan semuanya.

 Mood: sedih sangat bila semua taknak makan makanan yang aku bawa. Takpela. Mungkin ini kali terakhir aku bawa makanan ke asrama pada semester ini. Buat apa susahkan mak aku masak pagi-pagi kan, bila takde sape yang sudi.

PS: untuk Ipah dan Nanie. Aku mintak maap kalau aku ada buat korang kecik ati atau apa jela. Aku tak sengaja. Mungkin aku tak sedar semua tu. Sorri. Jangan tegur aku kalau sebab benda ni. Bia benda ni heal by masa. Mungkin aku je yang sensitif  sangat2. Jangan tunjuk rasa simpati atau salahkan diri. Biar aku cuba untuk berdikari. Kerana aku tahu, kita tak mungkin bersama selamanya macam ni. Cukuplah aku kehilangan Ainin sebagai teman rapat aku dulu sebab keegoan aku.

Ibal: sorry buat kamu tersekse dengan aku. Dengar macam2 ngomelan aku. Aku sayang kamu sangat2. Sampai bila2. Kamu salah satu pemberi semangat dalam hidup aku. Thanx wak.

Pija: ko rumate aku. Dan mungkin kawan yang paling aku rapat. Sentiasa sokong aku dan tidak kisah dengan semua. Berharap aku jadi macam ko. Biarkan semua tu bagai angin yang terbang. Sekejap menyapa, dan ia akan berlalu pergi.

Friday, October 1, 2010

Bila Aku Rasa Sakit Hati.

Aku malas ah. Kang aku takut aku
Mencarut jek kang. Adoi.
Eloo kawan. Ko bukan sorang je hidup dekat dunia ni.
Ingat sikit-sikit kawan. Jangan nak ikot kepala ko je.
Apa. Ko ingat orang takde perasaan? Nak ikut perangai ko
Ntahape2. Amboi. Mewah hidup ko. Ko ingat ko keturunan raja?
Kalau ko keturunan raja pun, ada aku kisah??
Pleassseeeee aa beb. Janganlah ko rasa ko je yang betul.
Paling betullah. Semua betul. Tapi ko rasa ko bagus sangat ke?
Aku malas ah. Kita semua tak perfect. Ingatlah sikit. Aku pun tak perfect beb.
Nak ikut perangai perfect ko tu. Boleh sakit kencing manis aku tak lama lagi.
Ko, ko, orang lain, orang lain. Kita masing-masing berbeza. Kalau ko suka main wayang.
Aku tak suka. Mungkin orang lain macam tu jugak. Kami suka buat belakang tabir.
Ko nampak? Ko tau?? Tak kan. Jadi tak payah nak tunjuk bagus lah kawan..kita tak
Dapat nak puaskan hati orang. Kalau ko rasa ko bagus. Ye. Tahniah. Ko memang
Bagus. Ko dapat puaskan hati aku dengan perangai ko yang paling baik tu.
Aku suka. Buat lagi ye kawan. Terbaik ah! Aku suka sangat. Terhibur. Dan
Puas hatilah yang penting. Eh. Ko kan yang terbaik...semua kena ikut cam ko cakap
Kan. Terbaiklah katakan. Terbaik kucing ko la! Huh.

Dah. Penat nak marah. Aku sakit hati. Aku sebenarnya malas nak ambik kisah.
Tapi perangai ko yang bagus sangat tu, buat aku terpanggil ambik kisah. Kan.
Dah buat tambah dosa ngumpat dalam hati. Hampehh!
Tak puas hati, cakap direct la kawan. Tak payah nak fikir ko bagus sangat,.
Ko bukan hidup sorang dalam dunia. Kalau taknak jumpa kami-kami yang
Mengjengkelkan ko ni, dah gi duduk hutan sana. Syuhh!
Sorry okie. Aku tak perfect nak jadi TERBAIK macam ko.

P/S: agak penat disini utk menjaga bahasa agar aku tidak memaki. Gosh! Thanx.

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages