Wednesday, October 13, 2010

This Is My Priority

akhirnya, dapat jugak aku buat blog aku ni private,
jadi bia aku je yang baca apa yang aku tulis.
benda ni lebih sesuai jadi aku punya diari kan.
tem[pat luahkan perasaan.
kemenyampahan.
kebengangan.
dan kesukaan.
 hanya untuk aku sendiri.
gembira rasanya.

Sunday, October 10, 2010

Berikan Aku Masa


Aku tak suka dengan diri aku sekarang. Perasaan aku. Benda ni buat aku jadi rimas dengan diri sendiri. Kenapa aku perlu jadi orang yang kisah? Kenapa aku perlu jadi orang yang sensitif? Adakah sebab persekitaran atau keturunan. Wallahualam.

Hmm. Susah kan bila kita rasa kisah semua. Bila masing-masing cuba menunjukkan sifat dan sikap sebenar, dan tiba-tiba kita menjadi seorang yang begitu kisah..kenapa. dan mengapa? Adakah sebab aku terlalu memikirkannya? Atau hanya khayalan semata.
Dulu aku tak macam ini. Aku biasa. Semua benda biasa bagi aku. Tapi sekarang. Aku asyik memikirkannya. Aku rasa terbeban. Tertekan. Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku yang jadi sensitif? Kenapa. kenapa.

Maaf. Aku bukan insan yang sempurna. Bukan seperti Malaikat. Yang sentiasa melakukan kebaikan, tanpa sedikit pun niat untuk melakukan kejahatan. Aku hanya manusia yang hina. Lemah. Terlalu akur pada hati dan nafsu, hingga aku terlupa bahawa di atas sana ada Dia. Ya Allah. Betapa hinanya aku. Bila aku melakukan sesuatu perkara tanpa rasa keikhlasanku. Dan penuh dengan keraguan.

Aku mencuba untuk menjadi sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ni. Aku cuba tidak terlalu bergantung kepada sesiapa. Aku cuba hidup sendirian. Kerana aku tahu, tidak setiap masa semua boleh menemankan aku bila aku kesunyian.

Aku cuba untuk tidak menjadi terlalu cerewet. Aku cuba tidak menyusahkan sesiapa. Aku cuba tidak mengecilkan hati sesiapa. Aku cuba untuk berfikir sebelum mengeluarkannya. Tapi aku tidak mampu untuk melakukannya. kerana aku memang biasa dengan diri aku yang pentingkan kesempurnaan. Bagilah aku masa agar keadaan menjadi baik seperti sedia kala.

Aku juga manusia. Punya perasaan yang sama. Macam mereka semua. Tapi mungkin cara aku membuatkan mereka menjarakkan diri mereka. Agar mereka tidak lagi rasa terhina. Dengan tingkahlaku dan kelancangan mulut aku bila melontarkan suara.

Aku cuba menjadi seperti biasa.
Tapi hati aku tidak membenarkannya.
Adakah aku hanya mementingkan diri semata-mata.
Biarlah masa menentukan semuanya.

 Mood: sedih sangat bila semua taknak makan makanan yang aku bawa. Takpela. Mungkin ini kali terakhir aku bawa makanan ke asrama pada semester ini. Buat apa susahkan mak aku masak pagi-pagi kan, bila takde sape yang sudi.

PS: untuk Ipah dan Nanie. Aku mintak maap kalau aku ada buat korang kecik ati atau apa jela. Aku tak sengaja. Mungkin aku tak sedar semua tu. Sorri. Jangan tegur aku kalau sebab benda ni. Bia benda ni heal by masa. Mungkin aku je yang sensitif  sangat2. Jangan tunjuk rasa simpati atau salahkan diri. Biar aku cuba untuk berdikari. Kerana aku tahu, kita tak mungkin bersama selamanya macam ni. Cukuplah aku kehilangan Ainin sebagai teman rapat aku dulu sebab keegoan aku.

Ibal: sorry buat kamu tersekse dengan aku. Dengar macam2 ngomelan aku. Aku sayang kamu sangat2. Sampai bila2. Kamu salah satu pemberi semangat dalam hidup aku. Thanx wak.

Pija: ko rumate aku. Dan mungkin kawan yang paling aku rapat. Sentiasa sokong aku dan tidak kisah dengan semua. Berharap aku jadi macam ko. Biarkan semua tu bagai angin yang terbang. Sekejap menyapa, dan ia akan berlalu pergi.

Friday, October 1, 2010

Bila Aku Rasa Sakit Hati.

Aku malas ah. Kang aku takut aku
Mencarut jek kang. Adoi.
Eloo kawan. Ko bukan sorang je hidup dekat dunia ni.
Ingat sikit-sikit kawan. Jangan nak ikot kepala ko je.
Apa. Ko ingat orang takde perasaan? Nak ikut perangai ko
Ntahape2. Amboi. Mewah hidup ko. Ko ingat ko keturunan raja?
Kalau ko keturunan raja pun, ada aku kisah??
Pleassseeeee aa beb. Janganlah ko rasa ko je yang betul.
Paling betullah. Semua betul. Tapi ko rasa ko bagus sangat ke?
Aku malas ah. Kita semua tak perfect. Ingatlah sikit. Aku pun tak perfect beb.
Nak ikut perangai perfect ko tu. Boleh sakit kencing manis aku tak lama lagi.
Ko, ko, orang lain, orang lain. Kita masing-masing berbeza. Kalau ko suka main wayang.
Aku tak suka. Mungkin orang lain macam tu jugak. Kami suka buat belakang tabir.
Ko nampak? Ko tau?? Tak kan. Jadi tak payah nak tunjuk bagus lah kawan..kita tak
Dapat nak puaskan hati orang. Kalau ko rasa ko bagus. Ye. Tahniah. Ko memang
Bagus. Ko dapat puaskan hati aku dengan perangai ko yang paling baik tu.
Aku suka. Buat lagi ye kawan. Terbaik ah! Aku suka sangat. Terhibur. Dan
Puas hatilah yang penting. Eh. Ko kan yang terbaik...semua kena ikut cam ko cakap
Kan. Terbaiklah katakan. Terbaik kucing ko la! Huh.

Dah. Penat nak marah. Aku sakit hati. Aku sebenarnya malas nak ambik kisah.
Tapi perangai ko yang bagus sangat tu, buat aku terpanggil ambik kisah. Kan.
Dah buat tambah dosa ngumpat dalam hati. Hampehh!
Tak puas hati, cakap direct la kawan. Tak payah nak fikir ko bagus sangat,.
Ko bukan hidup sorang dalam dunia. Kalau taknak jumpa kami-kami yang
Mengjengkelkan ko ni, dah gi duduk hutan sana. Syuhh!
Sorry okie. Aku tak perfect nak jadi TERBAIK macam ko.

P/S: agak penat disini utk menjaga bahasa agar aku tidak memaki. Gosh! Thanx.

Monday, September 20, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang


Diam tak diam. Dah habis dah cuti aku. Sekarang da start dah kelas macam biase. Bangun pagi. Pergi kelas. Balik. Tidur. Buat kerja. Buat yang rutin lah! Uh oh. bosan. 
 

Hari ini, dah 20 hb. Semalam birthday Geto. Akibat kesibukan aku buat assignment yang melambak2. Aku tak dapat pun mengisi saat-saat indah pada hari tersebut. aku kecewa. Kalau tak ada assignment, dah terbang dah KL, celebrate birthday dia. Tak pernah kan celebrate birthday dia. Uh oh~



Mungkin tahun ni tahun paling teruk untuk birthday dia bagi aku. Aku tak bagi hadiah, even buat kad langsung. Telefon wish malam birthday pun, dia yang tepon aku. Dah la tu, aku suruh dia tolong aku buat assignment pulak malam tu. Berjaga orang tu tolong aku buat kerja. Teruk betul aku kan. Uh oh. apalah nasib.



Pada Iqbal, im reeeaaallyyyy sorry sebab tak dapat luangkan masa time birthday kamu. Banyak pulang komitmen dia. Apalah nasib kan. Kesian kamu dapat awek macam aku. Uh oh. nanti aku bagi hadiah ok. Murah, kecik dan hodoh. Handmade! Jangan kutuk tau. Hehee.



Ok. HAPPY belated BIRTHDAY sayang.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Semoga hubungan kita kekal sepanjang hayat.

Belajar rajin2.

Nanti dah kawin, duduk Perak okie. Haha.

Luv u~

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran


Raya datang lagi. Yehaaa..
Lama sangat tak menulis. Mungkin disebabkan aku ni seorang yang pemalas-aktif,
Maka, ku biarkan blog aku ni berusang. Bersawang semua la. Uh oh.
Actually banyak benda aku nak cerita. Tapi disebabkan aku tak suka menaip,
Ditambah lagi dengan assignment yang melambak dan tidak
ku sentuh-sentuh. Aku biarkan ia terbiar sepi. Chewwah.
Deng. Sekejap dah raya. Aku tak cerita lagi pasal puasa. Tak
cerita pasal aku pertama kali menikmati kuih Tako dalam hidup.
Tak cerita pasal kelamaan tidak membaca kitab suci dan mengakibatkan
Aku merangkap-rangkap untuk mengenalinya semula, tak cerita pasal
Anak buah aku yang baru- Qisya dan macam2 lagi lah.
Tapi disebabkan benda dah berlaku, biarlah semua masuk dalam kotak
Ingatan aku. Buat kenangan untuk aku kenang pada hayat akan datang. Uh oh.

So. Cerita pasal raya. Tahun ni, tahun paling sunyi kami beraya.
Mungkin yang ada hanya mak ayah aku, dan kami tiga beradik yang masih belum
Kahwin ni. Uh oh. sunyi kot. Aku membayangkan budak2
kecik bising nak main bunga api. Sibuk rewang masak rendang lah, ketupatlah.
Tapi semua tu takde. Mak aku masak rendang. Tu pun dah
 lewat. Kalau dulu, petang raya dah siap2 nak masak dah. Buka
dah boleh makan rendang terus. Hari ni buka pun lambat. Tunggu rendang masak.
Ketupat tahun ni tak buat. Ayah aku kata tak ada orang. Jadi buat
Nasik impit jek. Bosan. +__+
Tak dapat nak tunjuk bakat dalam menganyam ketupat bila nak raya nih.
Nasib baik dah anyam masa kat sekolah hari tu. Uh oh.
Ok lah, dari tak ada kan.


Ayah aku cakap nak balik kampung 2,2 belah tahun ni. Tak tau jadi tak.
Aku macam malas. Mula-mula excited. At least ada Angah aku.
Tapi, bila Angah tak jadi balik sebab anak dia- Qisya Miasara asyik-tak-sihat, maka
Buat aku, epul dan inot dah tak semngat. Nak harap k.yam,
Dia tak mungkin juin kami berkonvoi beraya ke kampung. Laki dia sporting sangat.
Malas lah nak cakap. Sedih kan kisah raya kami tahun ni.
Bunga api-mercun macam dah tak guna.
Bosan. Sebosan-bosannya.

Kalau cakap pasal duit raya pulak,
Hm..tambah kekecewaan lagi. Dah 21 tahun kan. Siapalah nak
Bagi duit raya kan. Uh oh. tak sangka, cepat betul masa berlalu. Sekejap jek aku
Dah 21 tahun. Dulu time umur aku 7,8 tahun, aku ngan Epul dan kazen2 aku,
Pergi rumah ke rumah untuk kutip raya. Tapi sekarang.
Nak tegur kazen pun macam tak nak.
Dah besar, baru aku tahu, aku tak suka bergaul dengan keluarga besar.
Aku suka berada dalam dunia aku sendiri- family aku jek. Tak
Nak orang lain yang suka tunjuk bagus. Paling baik dan sok-sok suci di depan
Kami semua yang serba sederhana ni. Uh oh. kenapa ek.

Adoyai. Panjang betul aku merepek. Kalau aku buat refleksi, siap
Agaknya. Hahaha. Okielah. Mau mandi setelah penat didera oleh mak
Pasang langsir kat rumah. Uh oh. tired2. Ok.

Pada kengkawan, sahabat handai dan sesiapa yang mengenali diri ni,
Aku ucapkan SALAM LEBARAN. Ampun maaf dipinta.

Wednesday, August 4, 2010

Two Is Better Than One


I remember what you wore on the first day
Aku ingat lagi 1st time kita keluar bersama.
Kamu pakai baju kemeja T warna hitam

You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"
Mungkin kita akan jadi lebih dari kawan.


'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing
Dan aku tahu, kita serasi bersama.
Memerlukan antara satu sama lain.


So maybe it's true
That I can't live without you
Jangan pernah kita berpisah

And maybe two is better than one
Bersama kan lebih baik dari sendirian

But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one
Kamu terima aku seadanya
Aku bahagia bersama kamu.


I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
Aku ingat segalanya tentang kamu

You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
Aku selalu fikirkan kamu

I'm finally now believing
Dan aku percaya
kita ditakdirkan bersama




Tuesday, August 3, 2010

Selamat Hari Jadi Abang. :))


takde adiah untuk epul


Huwa..  hari ni hari jadi abang aku yang ke 23. Selamat hari jadi Epul.  Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Kitorang memang rapat sangat-sangat-sangat. Dialah adik beradik yang paling rapat dengan aku dan yang paling aku sayang.

ni mamat tu. tak ensem betul kan
Sekejap jek masa berlalu kan. Ingat dulu kecik-kecik, aku dengan Epul main sama-sama. Kecik-kecik dulu, dalam awal kanak-kanak gitula. Orang ramai ingat kitorang kembar. yela. Muka memang tak seiras, kembar laki perempuan kan. Ayah aku pun beli baju kitorang sama, bila part seluar dan tshirt. Takkan nak sama dengan baju kurung pulak kan. Jalan pun sama-sama. Asek berkepit jek. Mungkin jarak aku dengan Epul just 2 tahun je, buat aku rapat sangat dengan dia. Ditambah lagi dengan kehadiran adik aku aka Ienot lambat dalam hidup kami. Hehe

Tapi, bila da sekolah rendah. Aku semakin membesar. Tinggi. Namun Epul masih lagi pendek, dan kecik! Hahaha. Time ni ramai orang ingat aku akak dia. Yela. Badan besa dari abang, siapa percaya yang kecik tu abang kan. Uh oh. waktu umur macam ni, Epul ni penakut. Tidur dekat bilik pun nak suruh teman dia sampai tertidur. Pernah dia ajak Ienot yang masih kecik teman dia bila aku malas nak teman dia tidur. Lawak sangat time tu. Bila ingat-ingat. Adoyai. Kelakar betullah abang aku ni!

Bila dah remaja, aku pun pindah ke Batu Pahat. Sekolah dekat situ. Yang memberansangkan, Epul juga pindah sama. Kami sekolah dekat-dekat je. Aku sekolah perempuan, dia sekolah lelaki. Bile kitorang keluar jalan-jalan, ada kawan dia ingat kitorang couple pulak, lawak kan! Ntahape-ntahape.
Banyak sangat kenangan aku dengan dia. Masih aku ingat masa kami sama-sama balik N9 naik bas. Masa tu cuti sekolah. Dia form 3 dan aku form 1. Bas sesak sangat! Kami kena berdiri. Even kami berdiri, dan bawak beg besar (yela. Budak2 balik kampung, cuti sekolah). dia masih jaga aku. Dengan beg aku dia pegang, aku berada dalam lingkungan tangan dia. Jadi aku selamat daripada dihimpit rapat serapat-rapatnya oleh penumpang-penumpang bas yang lain. Masa tu aku rasa, wow! Abang aku ke ni?? bertanggungjawab betul dalam memprotect adik dia yang comel ni daripada dihimpit oleh orang lain. Uh oh~

Bila aku pindah Pasir Gudang, dia masih sekolah dekat Batu Pahat tu. Jadi kami akan kongsi cerita macam-macam. Cerita pasal kawan. tuisyen. Sekolah. dan macam-macamlah! Tak ada yang rahsia kot. Besh sangat masa tu. Kami akan lepak dekat jambatan depan rumah arwah atuk aku tu, malam-malam. Dan bercerita. Kadang-kadang sampai tengah malam. Uh oh.

bila dia mengajar, mesti nangis kena marah
Ingat lagi aku, bila dia backup aku bila makcik aku memperkecilkan aku saat aku nak PMR. Makcik aku bajet aku tak ada A langsung, or just dapat 1A je. Tapi dia tak. Dia bagi aku semangat sehabis-habisnya. Dia yakin aku boleh dapat sekurang-kurangnya 5A. Tapi sayang, aku tak dapat pun 5A. Dapat 2A jek. Uh oh. sedih betul. Im sorry Epul!

nak g bejalan sama
Bila dia dekat matrik, dia ada awek, dan dia tak bagitahu aku. Bayangkan, selama ni aku orang yang tahu segalanya dulu daripada ahli keluarga aku pasal dia, tiba-tiba jadi orang yang terakhir. Itu pun tahu daripada mak aku. Sedih bukan? Uh oh. masa tu, aku benci sangat dengan perempuan tu. Sebab dia, Epul ketepikan aku. Aku ambik keputusan untuk berkelah bersama Geto aka pakwe aku ke Melaka, saat budak matrik kelas dia buat aktiviti dekat situ. Aku park baik jek, dekat sebelah diorang lepak. Dan aku tengok perempuan tu. Dah la tak lawa! Bajet besh betul bila dia boleh kata dia nak balik dengan pakwe lama dia tak silap aku dekat Epul. Haish. Berangin akak you! Dala rampas abang aku, pastu suka-suki nak buat abang aku gitu. Pe kes. Aish. Nasib baik tak lama tu diorang clash. Thanks God!


Sekarang semua benda tu da lame berlalu kan. Dia pun dah 23 tahun da. Dah habis belajar, tapi masih belum ada rezeki untuk kerja. To Epul. Happy Birthday again. Semoga abang gembira sentiasa. Aku sayang sangat-sangat dekat ko! Ko abang aku dunia dan akhirat. Love you! Muah!! ßni kalau dia baca, mau geli ni, tiba-tiba nak panggil abang, love2 bagai. Hahaha. Chow~

Monday, August 2, 2010

Mr. Right

jangan banyak bercakap
Aku datang lagi. Untuk memenuhkan blog aku

dengan apa sahaja yang aku nak repekkan. 

Uh oh. nape aku suke merepek? Mungkin

sebab dia sangat seronok.

Mencuba mengurangkan merepek di

alam relaiti, sebaliknya, lebihkan pada

alam maya. Boleh kan? penat la asyik bercakap. 

(aku tau tak mungkin berjaya)

 Sekarang aku nak cerita, 

mungkin daripada pandangan aku. Pasal lelaki a.k.a 

boyfriend la. Tertanya-tanya, macam mana ek taste korang. 

Apa pandangan korang pada balak korang. macam mana harapan korang kat

balak korang? Adakah korang terima dorang

macam mana diri diorang? Uh oh. banyak tanya pulak.



yehaaa...



Kat sini aku mestila nak cerita pasal 

‘man’ aku (man kah?) hahaha. 

Tak ada lah. Bagi sesiapa yang kenal dia

a.k.a geto, mesti korang tak suka dia. Bagi korang dia selekeh,

tak handsome dan nampak macam miskin je kan. Yela. Dengan 

asyik baju pagoda dia kehulu kehilir, muka pun camtu2 je, mesti

orang ingat dia orang jahat. Tapi aku suka sangat kat dia. Dengan 

penampilan dia. Macam tu. Asalkan pagoda dia ok, ok la.

Aku suka lelaki simple. Just pakai baju t-shirt,

jeans and sandle. Siap! Nice!! No need nak kemas2. Nak beria-ria. 

Apa orang kata, metrosexsual? Eii. Aku tak suka lelaki cam tu! Tak jantan!

sanggup buat apa sahaja
Mungkin bagi orang, 

sebab dia balak aku, 

semua pun jadi suka. Yela. Orang kata, 

bila kita DAP (Di Alam Percintaan),

semua jadi bahagia. Kentut pun jadi

wangi.. tapi salah. 

Bagi aku, kentut2, tetap busuk ok! 

Ahhaa.

So, bukan nak 

cakap apa, just nak cakap, kita perlu

terima orang seadanya.

Macam dia terima kita. Tak perlu lah nak malu dengan kawan. Balak aku tak

handsome. Balak aku selekeh. Nak buat apa! Kalau malu, jangan gatal2 nak 

bercinta dengan dia. Okie. Kalau aku, aku just 

nak dia sekepala dengan aku, paham aku, sentiasa 

bg semangat bila aku dalam kesusahan. Ok la. Dia terima aku seadanya,

dan jadi pelindung untuk diri aku. 

baru rasa selamat. Simple kan! Tak perlu hipokrit. Apa susah.uh oh..







Sunday, August 1, 2010

Renungan


aku terbaca sebuah kisah di dalam majalah mastika yang menarik perhatian  aku. mungkin ceritanya bertulisan jawi, membuat aku cuba membacanya.  mungkin cerita ni orang dah biasa dengar atau tahu, tapi bagi aku cerita ni buat aku terfikir, muhasabah diri dan memandang fenomena disekeliling kita. ceritanya macam gini.


Pernah terjadi di suatu kampung di Timur Tengah di mana terdapat seorang pengembala kambing yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya dimintai pertolongan. 


Yang aneh, jumlah kambing di dalam kandang sederhana yang besar itu tidak pernah berkurang walau banyak orang datang untuk membeli kambing daripadanya. Belilah seratus ekor sekalipun, setelah kambing-kambing tersebut di bawa keluar dari kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor dibawa keluar dari kandang.


Maka seluruh alim ulama dan penduduk kampung telah beranggapan bahwa pengembala kambing tersebut adalah seorang Wali Allah dan mereka telah bermufakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kambing tersebut dan memohon supaya dia menjadi imam solat di masjid karena mereka ingin mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kambing tersebut.


Hasrat mereka telah disetujui oleh pengembala kambing. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kambing telah menjadi imam. Malangnya, beliau hanya membaca surah Al-Fatihah dan ayat lazim yang mudah sahaja. Bacaan beliau pula tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang ke rumah masing–masing sambil tertawa terbahak–bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kambing sebelum ini sebagai Wali Allah telah jauh meleset. manakala alim ulama pula berasa sangat kecewa.


Pada malam tersebut, seluruh alim ulama dan penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan tampan di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Allah. Subhaanallaah.




 Keesokan harinya, semua alim ulama dan penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kambing. 

Malangnya, pengembala kambing telah tiada, kandang dan kambingnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah–olah kandang kambing tidak pernah wujud! mereka semua menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

jadi kesimpulannya disini, (siap kesimpulan lagi. poyo! haha) aku bukan nak cakap apa, tapi nak kita sama renung-renungkan diri kita sendiri, sempurnakah kita di sisi Allah untuk memperlekehkan yang tidak sempurna di mata kita? kita tak boleh judge orang kan.. tapi kita selalu judge orang, bila mereka melakukan maksiat, mereka kotor. bila mereka membuka aurat, mereka jahat. bila mereka..bila mereka...dan macam2 bila la. uh oh.

so, kepada aku dan semua, sama-sama kita cuba menyempurnakan diri kita dengan menerima mereka yang kita rasa kurang sempurna. Kita kena ingat, Allah adalah segala-galanya.

Friday, July 30, 2010

Suka FM. Sentiasa Menemani Anda


ha. mesti korang tak pernah dengar kan Suka FM. Suka FM ni orang-orang yang terpilih je apat dengar. frekuensi dia korang tak dapat cari la. ekslusif meh. mesti korang tertanya-tanya kan. apa kelebihan Suka FM ni kan. hahaha.

Ni, aku promote sikit petikan dari Suka FM. Bagi Feedback ye. nanti aku boleh bagitahu owner stesyen radio ni. okiesh. chow. enjoy it!



Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages