Sunday, May 22, 2011

Angry Birds

assalamualaikum and hello untuk korang semua.

korang pernah main game Angry Birds tak? game tu famous betul sekarang. aku tak tahulah apa yang besh sangat pasal game tu.

aku tulis sebab aku tertengok kat FB tadi. kawan aku share pasal game ni. yang orang addict sangat, sampai sanggup bawak ke real life. what-the-pak. tak ada faedah betul. tak caya, korang tengok sendiri.membazir masa betul..



PS;
daripada main Angry Birds ni, baik korang main fruits Slice. lagi besh aku rasa. bangun2 tidur, terus main game tu. hee

Thursday, May 12, 2011

Review Filem Kongsi; Lu Langsi, Lu Mati

Assalamualaikum and hello untuk semua.
tadi aku dengan kawan-kawan aku yang telah diracun pemikiran mereka pergi GSC Dataran Pahlawan untuk tengok filem Kongsi; Lu Langsi, Lu Mati. damn! aku nak sangat tengok sebab aku tengok triller dia macam besh/ kelakar je Shaheizy Sam tu. dan lagi 1 sebab pakwe aku berlakon dalam cerita tu. walaupun dia tidak handsome disitu dan sangat selekeh serta berjambang. kau tetap dalam anganku.

ko tengok.siap nak berskirt bagai


okie. aku just nak nyatakan ketidakpuasanhati aku tengok cerita ni. punya banyak masalah aku nak pergi tengok cerita ni. kena ambik surat sakitlah, beratur panjang lah, terlepas tayangan awal lah. macam-macamlah. sekali apa aku dapat? hampeh.

sekarang kita cakap pasal cerita dia.
ahhh. gila-gila tergantung! gila-gila. apa kaitan pembunuhan gangster2 tu dengan-Tumulak-dengan-polis-Kempedu? cerita dia macam syok sendiri. Kempedu suruh Tumulak datang Malaysia, bunuh-bunuh orang, polis carik pasal, ketua2 samseng tuduh menuduh, dan persahabatan antara Tumulak dengan polis Shariff Shariffudin tu. damn! last-last Tumulak kantoi. nak rasuah polis. what-the-hei-is-cooking mek oi? terangkanlah tujuan Tumulak tu datang Malaysia. kenapa Tumulak datang Malaysia? kenapa yang lain kena pergi India, kenapa pergi Jepun. sikit pun tak diceritakan. tak tahu apa konsep/jalan cerita. cerita samseng-samseng tu dengan tumulak-dengan-kempedu-dengan polis. tengok. aku ulang apa aku tulis. nampak kan sangat tidak berpuas hati. cerita dia macam cerita lain tau.haish. watak Tumulak tu pun tak sangat ditonjolkan dalam cerita. banyak sangat pelakon pembantu dia yang merapu-ayat2/perbualan kosong.

lagi satu, aku paling tak suka part pengarah a.k.a Farid Kamil tu keluar dalam filem semata-semata nak tayang muka. bajet beshlah tu. hai. trend ke sekarang nak tunjuk-tunjuk muka pengarah. merapu. tak ada fungsi!  ha. lagi ada. kenapa Tumulak tu bajet2 Korea nak siap pakai skirt bagai. adoyai. dah macam G-Dragon dah aku tengok pakaian dia tu. dahla dia asyik pakai seluar yang sama je.

tapi cerita ini ok kalau korang ak tengok bintang popular korang cakap kelantan. aku rasa aku cakap pun sama bagus dengan dia. haha.

so, kesimpulannya, untuk gelak-gelak, tengok saja-saja, cerita tergantung, ringan-ringan, bolehlah tengok.  kalau tak, tak payahlah. tunggu keluar dekat syok.org, korang downloadlah secara free okie.

okie. stop here.
charlo betey. chiow







===============Nak Taip Lagi===================
aku telah beli komik baru sebanyak 5 buah tanpa aku sedari. patutlah duit aku habis je. haish. tak bagilah mak aku duit belanja. bagi duit beli komik. lepas ni makan komik ajalah nampaknya. tapi takpe. membaca kan amalan yang mulia. haish. gembira dan tidur sambil bermimpilah bersama-sama komik yang memakan duit makan aku selama 4 hari. heee

Tuesday, May 10, 2011

Kau Buang Tebiat Apa Asyik Nak Update Jek?

Assalamualaikum dan hello tuk semua orang. ganas kan tajuk aku. cepat terasa. cepat2. ha. jangan terpengaruh dengan tajuk dekat atas tu. kata-kata tersebut hanya ditujukan untuk aku. bukan ko! bukan ko, dan bukan ko jugak. *takut ada orang salah anggap. aku kan skema*

aku rasa aku sekarang buang tebiat la. asyik nak update. nak tunjuk aku punya doodle yang bosan, yang sama. seriusly aku ntah-apa-apa. tak apalah. aku hanya nak tunjukkan perkembangan aku men-doodle dengan lebih canggih. ha. kau ada? tak ada kan. hahaha.

semalam aku guna paint je doodle kan. tapi hari ini aku lebih maju sedikit. maju beb. aku doodle guna photoshop. ha. ko pandai? tak kan.. *alamak aih masz. orang dah khatam kot guna photoshop ni* malu. hee.

masih berkonsepkan benda yang bosan. sama. bosan lagi. doodle aku dah jadi. comot-comot cute gitu. haha *sila penampar diri sendiri laju-laju*
okiesh. meh tengok hasil memalam buta aku men-doodle.

oh. suka-sukanya. sila puji walaupun tidak suka. haha

ha. korang paham tak doodle aku tu? manalah tau tak paham. macam kawan aku sorang. aku doodle burung, ada ke dikatanya kelawar. tak ke kocik hati akak. uh oh.

okie. stop here. charlo betey








================Cakap Lagi=====================
aku dah beli novel Siti Rosmizah ; 7 hari menyintaiku. ha. korang ada? tak ada kan. aku dah suruh korang jayakan  budaya membaca. korang degil. ha. gitulah. macam mana Malaysia nak maju 2020. haish. tak tahu aku nak cakap apa dengan orang ni. nak jadi apalah. ha. apa lagi. pergi ambik buku, pergi bacalah mek oi.

Monday, May 9, 2011

Berdoodle Dengan Lebih Gembira!

assalamualaikum and hello kepada semua orang yang bajet besh (oi masz! ko ingat semua orang macam ko ke?)
okie. lama rasa tak update. malas. aku tak tidak suka untuk menaip, apatah lagi untuk meng-update yang aku rasa tak ada benda nak dikongsi. (tengok. ayat bajet nak besh)

sekarang aku nak cerita, aku telah ber-doodle dengan lebih gembira. ha. gembira. kenapa gembira? sebab aku doodle guna paint weh! (alamak minah ni. guna paint pun nak kecoh. orang guna photoshop sume. tenang je) persetankan siapa-siapa nak kutuk. aku kan buta IT. buta seni. jadi sekarang kagum sendiri dengan hasil sendiri. ha. (syok sendiri pulak) hehe

okie meh tengok sama-sama hasil dia.
jeng-jeng.
sila kagum dengan perkembangan aku!

walaupun lukisan aku sama je, dari dulu sampai sekarang, tapi sila lah kagum dengan perkembangan aku ni. bukan senang tau. naik rabun mata akak! kagum lah. kagumlah.
baiklah. sampai disini sahaja.
penat menaip. masa untuk makan. lapar la akak!
pada semua:
saya akan lebih berusaha pada masa akan datang. heheee

okie. stop here.
charlo betey








===============Nak Cakap Lagi==================
telah aku rembat komik adik aku yang banyak-banyak ke asrama. lepas ni aku akan membudayakan semula budaya membaca. tengok. aku sahut kempen kerajaan akan budaya membaca. ha. korang bila lagi??

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages