ha. mesti korang tak pernah dengar kan Suka FM. Suka FM ni orang-orang yang terpilih je apat dengar. frekuensi dia korang tak dapat cari la. ekslusif meh. mesti korang tertanya-tanya kan. apa kelebihan Suka FM ni kan. hahaha.
Ni, aku promote sikit petikan dari Suka FM. Bagi Feedback ye. nanti aku boleh bagitahu owner stesyen radio ni. okiesh. chow. enjoy it!
dua ribu lima tiada yang menjangka aku mahupun dia tiada yang menduga aku mahupun dia entah bila aku bermula entah bila dia bermula aku dan dia bersemuka sekali dua menjemput mesra lama-lama ditemani gembira setiap masa bersama pusing dunia cepat-cepat hati bertanya hey siapakah dia takut tikus kaa..
dua ribu enam rasa itu mula tertanam tanpa dia aku bungkam lantas mula mengira detik jarum jam mengenang kesah-kesah semalam semasa aku dan dia tenggelam
dekat dia.
ditelan nikmat alam dan setiap malam rasa itu kian mendalam bantal aku pun jadi masam..
dua ribu tujuh itulah tahun tengkujuh saat kapal mula berlabuh hubungan aku dijadikan sauh tatkala itu aku mengaduh sakit menjalar ke seluruh tubuh dan aku cuba dibunuh maaf rasa itu masih utuh aku tetap memegang teguh dialah jodoh hoik perasan doh..
dua ribu lapan dia cuba menjadi lawan aku cuba tidak melawan adakah aku sudah ditawan tidak aku belajar menepis dugaan aku belajar menahan cubaan aku belajar dari kesilapan biarpun aku tidak tampan jahat seperti haiwan namun telah aku simpan kami lebih dari kawan kamilah.. pemegang pedang setiawan!
dua ribu sembilan kami bersama melangkah sopan di atas titi perjuangan
akhirnya.hehe
memandang ceria masa hadapan tanpa menghirau halangan pahit manis cabaran sedia ditelan lohh macam puisi kemerdekaan..
dua ribu sepuluh fuhh hidung aku dah berpeluh rindu dia yang jauh uh..oh..uh....oh.....
Dah lama rasanya aku tak update blog. Ada rasa seminggu lebih.
Macam-macam yang terjadi sepanjang seminggu lebih ni.
Diantaranya ialah program BIG yang berlangsung di Pusat Aktiviti
Orang Tua, Sungai Rambai pada 23 Julai yang lepas. Beshh you!
Memang nampak macam tak glamer kan buat kat situ. Orang tua.
Orang tua. Orang tua. Tapi kami bukan pergi melawat orang-orang tua yang sakit,
kena tinggal oleh anak dsb. Kami pergi ke tempat orang-orang tua berkumpul, dan buat aktiviti
. Seronok sangat! Layan kepala pakcik2 duda dan makcik2 janda bercerita.
Merepek. Tambah2 lagi bab kahwin. Hehe. Diorang happy. Seronok. Kami pun jadi seronok sama. Kalau pergi pusat kebajikan orang tua, mesti kami tak seseronok macam tu. Yela. Orang macam tu, percakapan kena jaga. Tingkahlaku dan macam2 lagi. Tapi orang2 tua ni tak.
Mereka menjalani kehidupan biasa, Cuma mereka dibawah bantuan JKM je.
Mereka juga ada anak. Cuma ramai yang tak ada pasangan hidup je.
Kebanyakan dah pergi menyahut seruan Illahi. Innalillah.
Masa program ni, paling yang banyak cakap,
ada seorang pakcik ni. Aku pun suka layan kepala dia. Pakcik Duan. Pakcik ni bekas imam.
Gila ah! tergamam dan kagum aku apabila dia bagi tazkirah. masih power!
Even umur dia dah 86tahun, tapi dia masih nampak bertenaga. Takda
macam orang muda tenaga dia, tapi masih gagah la orang cakap.
Dia ni penghidup suasana. Gamat jadi suasana masa tu. Macam2 dia nak komen.
Ada je nak bantah bila game tuh. Tapi masalahnya, bantah2, tak menang pulak tu.
Adik dia yang macam senyap je tu, yang menang no.1. senyap
je adik dia. Berbeza. Memang berbeza. Kalau nak dibandingkan dengan
adik beradik aku. Aish. Jauh betul beza. Semua banyak cakap. Hehe.
So, aku tempekkan sikit gambar pakcik2, makcik2 semasa menyertai aktiviti kitorang ni. Wallaweh.
pakcik duan
aktiviti suai kenal
dan aku yang sedang menunjuk cara anyam ketupat dekat mentor aku. hehe