Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran


Raya datang lagi. Yehaaa..
Lama sangat tak menulis. Mungkin disebabkan aku ni seorang yang pemalas-aktif,
Maka, ku biarkan blog aku ni berusang. Bersawang semua la. Uh oh.
Actually banyak benda aku nak cerita. Tapi disebabkan aku tak suka menaip,
Ditambah lagi dengan assignment yang melambak dan tidak
ku sentuh-sentuh. Aku biarkan ia terbiar sepi. Chewwah.
Deng. Sekejap dah raya. Aku tak cerita lagi pasal puasa. Tak
cerita pasal aku pertama kali menikmati kuih Tako dalam hidup.
Tak cerita pasal kelamaan tidak membaca kitab suci dan mengakibatkan
Aku merangkap-rangkap untuk mengenalinya semula, tak cerita pasal
Anak buah aku yang baru- Qisya dan macam2 lagi lah.
Tapi disebabkan benda dah berlaku, biarlah semua masuk dalam kotak
Ingatan aku. Buat kenangan untuk aku kenang pada hayat akan datang. Uh oh.

So. Cerita pasal raya. Tahun ni, tahun paling sunyi kami beraya.
Mungkin yang ada hanya mak ayah aku, dan kami tiga beradik yang masih belum
Kahwin ni. Uh oh. sunyi kot. Aku membayangkan budak2
kecik bising nak main bunga api. Sibuk rewang masak rendang lah, ketupatlah.
Tapi semua tu takde. Mak aku masak rendang. Tu pun dah
 lewat. Kalau dulu, petang raya dah siap2 nak masak dah. Buka
dah boleh makan rendang terus. Hari ni buka pun lambat. Tunggu rendang masak.
Ketupat tahun ni tak buat. Ayah aku kata tak ada orang. Jadi buat
Nasik impit jek. Bosan. +__+
Tak dapat nak tunjuk bakat dalam menganyam ketupat bila nak raya nih.
Nasib baik dah anyam masa kat sekolah hari tu. Uh oh.
Ok lah, dari tak ada kan.


Ayah aku cakap nak balik kampung 2,2 belah tahun ni. Tak tau jadi tak.
Aku macam malas. Mula-mula excited. At least ada Angah aku.
Tapi, bila Angah tak jadi balik sebab anak dia- Qisya Miasara asyik-tak-sihat, maka
Buat aku, epul dan inot dah tak semngat. Nak harap k.yam,
Dia tak mungkin juin kami berkonvoi beraya ke kampung. Laki dia sporting sangat.
Malas lah nak cakap. Sedih kan kisah raya kami tahun ni.
Bunga api-mercun macam dah tak guna.
Bosan. Sebosan-bosannya.

Kalau cakap pasal duit raya pulak,
Hm..tambah kekecewaan lagi. Dah 21 tahun kan. Siapalah nak
Bagi duit raya kan. Uh oh. tak sangka, cepat betul masa berlalu. Sekejap jek aku
Dah 21 tahun. Dulu time umur aku 7,8 tahun, aku ngan Epul dan kazen2 aku,
Pergi rumah ke rumah untuk kutip raya. Tapi sekarang.
Nak tegur kazen pun macam tak nak.
Dah besar, baru aku tahu, aku tak suka bergaul dengan keluarga besar.
Aku suka berada dalam dunia aku sendiri- family aku jek. Tak
Nak orang lain yang suka tunjuk bagus. Paling baik dan sok-sok suci di depan
Kami semua yang serba sederhana ni. Uh oh. kenapa ek.

Adoyai. Panjang betul aku merepek. Kalau aku buat refleksi, siap
Agaknya. Hahaha. Okielah. Mau mandi setelah penat didera oleh mak
Pasang langsir kat rumah. Uh oh. tired2. Ok.

Pada kengkawan, sahabat handai dan sesiapa yang mengenali diri ni,
Aku ucapkan SALAM LEBARAN. Ampun maaf dipinta.

No comments:

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages