Tuesday, August 3, 2010

Selamat Hari Jadi Abang. :))


takde adiah untuk epul


Huwa..  hari ni hari jadi abang aku yang ke 23. Selamat hari jadi Epul.  Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Kitorang memang rapat sangat-sangat-sangat. Dialah adik beradik yang paling rapat dengan aku dan yang paling aku sayang.

ni mamat tu. tak ensem betul kan
Sekejap jek masa berlalu kan. Ingat dulu kecik-kecik, aku dengan Epul main sama-sama. Kecik-kecik dulu, dalam awal kanak-kanak gitula. Orang ramai ingat kitorang kembar. yela. Muka memang tak seiras, kembar laki perempuan kan. Ayah aku pun beli baju kitorang sama, bila part seluar dan tshirt. Takkan nak sama dengan baju kurung pulak kan. Jalan pun sama-sama. Asek berkepit jek. Mungkin jarak aku dengan Epul just 2 tahun je, buat aku rapat sangat dengan dia. Ditambah lagi dengan kehadiran adik aku aka Ienot lambat dalam hidup kami. Hehe

Tapi, bila da sekolah rendah. Aku semakin membesar. Tinggi. Namun Epul masih lagi pendek, dan kecik! Hahaha. Time ni ramai orang ingat aku akak dia. Yela. Badan besa dari abang, siapa percaya yang kecik tu abang kan. Uh oh. waktu umur macam ni, Epul ni penakut. Tidur dekat bilik pun nak suruh teman dia sampai tertidur. Pernah dia ajak Ienot yang masih kecik teman dia bila aku malas nak teman dia tidur. Lawak sangat time tu. Bila ingat-ingat. Adoyai. Kelakar betullah abang aku ni!

Bila dah remaja, aku pun pindah ke Batu Pahat. Sekolah dekat situ. Yang memberansangkan, Epul juga pindah sama. Kami sekolah dekat-dekat je. Aku sekolah perempuan, dia sekolah lelaki. Bile kitorang keluar jalan-jalan, ada kawan dia ingat kitorang couple pulak, lawak kan! Ntahape-ntahape.
Banyak sangat kenangan aku dengan dia. Masih aku ingat masa kami sama-sama balik N9 naik bas. Masa tu cuti sekolah. Dia form 3 dan aku form 1. Bas sesak sangat! Kami kena berdiri. Even kami berdiri, dan bawak beg besar (yela. Budak2 balik kampung, cuti sekolah). dia masih jaga aku. Dengan beg aku dia pegang, aku berada dalam lingkungan tangan dia. Jadi aku selamat daripada dihimpit rapat serapat-rapatnya oleh penumpang-penumpang bas yang lain. Masa tu aku rasa, wow! Abang aku ke ni?? bertanggungjawab betul dalam memprotect adik dia yang comel ni daripada dihimpit oleh orang lain. Uh oh~

Bila aku pindah Pasir Gudang, dia masih sekolah dekat Batu Pahat tu. Jadi kami akan kongsi cerita macam-macam. Cerita pasal kawan. tuisyen. Sekolah. dan macam-macamlah! Tak ada yang rahsia kot. Besh sangat masa tu. Kami akan lepak dekat jambatan depan rumah arwah atuk aku tu, malam-malam. Dan bercerita. Kadang-kadang sampai tengah malam. Uh oh.

bila dia mengajar, mesti nangis kena marah
Ingat lagi aku, bila dia backup aku bila makcik aku memperkecilkan aku saat aku nak PMR. Makcik aku bajet aku tak ada A langsung, or just dapat 1A je. Tapi dia tak. Dia bagi aku semangat sehabis-habisnya. Dia yakin aku boleh dapat sekurang-kurangnya 5A. Tapi sayang, aku tak dapat pun 5A. Dapat 2A jek. Uh oh. sedih betul. Im sorry Epul!

nak g bejalan sama
Bila dia dekat matrik, dia ada awek, dan dia tak bagitahu aku. Bayangkan, selama ni aku orang yang tahu segalanya dulu daripada ahli keluarga aku pasal dia, tiba-tiba jadi orang yang terakhir. Itu pun tahu daripada mak aku. Sedih bukan? Uh oh. masa tu, aku benci sangat dengan perempuan tu. Sebab dia, Epul ketepikan aku. Aku ambik keputusan untuk berkelah bersama Geto aka pakwe aku ke Melaka, saat budak matrik kelas dia buat aktiviti dekat situ. Aku park baik jek, dekat sebelah diorang lepak. Dan aku tengok perempuan tu. Dah la tak lawa! Bajet besh betul bila dia boleh kata dia nak balik dengan pakwe lama dia tak silap aku dekat Epul. Haish. Berangin akak you! Dala rampas abang aku, pastu suka-suki nak buat abang aku gitu. Pe kes. Aish. Nasib baik tak lama tu diorang clash. Thanks God!


Sekarang semua benda tu da lame berlalu kan. Dia pun dah 23 tahun da. Dah habis belajar, tapi masih belum ada rezeki untuk kerja. To Epul. Happy Birthday again. Semoga abang gembira sentiasa. Aku sayang sangat-sangat dekat ko! Ko abang aku dunia dan akhirat. Love you! Muah!! ßni kalau dia baca, mau geli ni, tiba-tiba nak panggil abang, love2 bagai. Hahaha. Chow~

3 comments:

Naniey TJ said...

wah....aku jeles ni......
srnkkn ada abg cmni....
tp aq ttp b'syukur ada akak ala2 epul gak....
tp akak aq suka buli adik klu bab2 duit ni....
dh t'blk ni.....suka minta aq mcm2...
tp pe2 pon dia ttp besh......

Masz Mukhtar said...

hahahaaa. ko ambikla dia. ko ritu dah luah perasaan kan? haha

Miss Ran said...

aku pon nk ade abg gni..abgku jauh dperantauan..uh sadis
luah perasaan? bilakah?

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages