Thursday, May 12, 2011

Review Filem Kongsi; Lu Langsi, Lu Mati

Assalamualaikum and hello untuk semua.
tadi aku dengan kawan-kawan aku yang telah diracun pemikiran mereka pergi GSC Dataran Pahlawan untuk tengok filem Kongsi; Lu Langsi, Lu Mati. damn! aku nak sangat tengok sebab aku tengok triller dia macam besh/ kelakar je Shaheizy Sam tu. dan lagi 1 sebab pakwe aku berlakon dalam cerita tu. walaupun dia tidak handsome disitu dan sangat selekeh serta berjambang. kau tetap dalam anganku.

ko tengok.siap nak berskirt bagai


okie. aku just nak nyatakan ketidakpuasanhati aku tengok cerita ni. punya banyak masalah aku nak pergi tengok cerita ni. kena ambik surat sakitlah, beratur panjang lah, terlepas tayangan awal lah. macam-macamlah. sekali apa aku dapat? hampeh.

sekarang kita cakap pasal cerita dia.
ahhh. gila-gila tergantung! gila-gila. apa kaitan pembunuhan gangster2 tu dengan-Tumulak-dengan-polis-Kempedu? cerita dia macam syok sendiri. Kempedu suruh Tumulak datang Malaysia, bunuh-bunuh orang, polis carik pasal, ketua2 samseng tuduh menuduh, dan persahabatan antara Tumulak dengan polis Shariff Shariffudin tu. damn! last-last Tumulak kantoi. nak rasuah polis. what-the-hei-is-cooking mek oi? terangkanlah tujuan Tumulak tu datang Malaysia. kenapa Tumulak datang Malaysia? kenapa yang lain kena pergi India, kenapa pergi Jepun. sikit pun tak diceritakan. tak tahu apa konsep/jalan cerita. cerita samseng-samseng tu dengan tumulak-dengan-kempedu-dengan polis. tengok. aku ulang apa aku tulis. nampak kan sangat tidak berpuas hati. cerita dia macam cerita lain tau.haish. watak Tumulak tu pun tak sangat ditonjolkan dalam cerita. banyak sangat pelakon pembantu dia yang merapu-ayat2/perbualan kosong.

lagi satu, aku paling tak suka part pengarah a.k.a Farid Kamil tu keluar dalam filem semata-semata nak tayang muka. bajet beshlah tu. hai. trend ke sekarang nak tunjuk-tunjuk muka pengarah. merapu. tak ada fungsi!  ha. lagi ada. kenapa Tumulak tu bajet2 Korea nak siap pakai skirt bagai. adoyai. dah macam G-Dragon dah aku tengok pakaian dia tu. dahla dia asyik pakai seluar yang sama je.

tapi cerita ini ok kalau korang ak tengok bintang popular korang cakap kelantan. aku rasa aku cakap pun sama bagus dengan dia. haha.

so, kesimpulannya, untuk gelak-gelak, tengok saja-saja, cerita tergantung, ringan-ringan, bolehlah tengok.  kalau tak, tak payahlah. tunggu keluar dekat syok.org, korang downloadlah secara free okie.

okie. stop here.
charlo betey. chiow







===============Nak Taip Lagi===================
aku telah beli komik baru sebanyak 5 buah tanpa aku sedari. patutlah duit aku habis je. haish. tak bagilah mak aku duit belanja. bagi duit beli komik. lepas ni makan komik ajalah nampaknya. tapi takpe. membaca kan amalan yang mulia. haish. gembira dan tidur sambil bermimpilah bersama-sama komik yang memakan duit makan aku selama 4 hari. heee

1 comment:

Miss Ran said...

hahaha sengal

ko cakap lg buruk bunyinye

serabuk perok

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages