Wednesday, May 1, 2013

Kerja Hohoi

dah sebulan lebih aku kerja. hohoi. Tak sangka kan. Haha.

Duduk di negeri orang, baru kau tahu maksud peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. *dulu, aku selalu mempertikaikan. Siapa yang nak hujan batu kan. * Walaupun aku hanya bekerja di Sabah, bukan oversea, tapi masih over-the-sea kan. Sekarang, aku rasa memang besh lagi hujan batu tau. Tapi tak adalah sampai aku nak balik lagi. Aku masih lagi nak timba pengalaman kat sini.

Okay. Sekarang aku nak cerita pengalaman aku je. Sekolah aku di kawasan pedalaman. Pedalaman satu. Gravel dia. Peh. Peh. batu sungai kau! Sakit badan. Perjalanan dari pekan nak masuk je, adalah dalam 2/3 jam. Tengok kelajuan kau drive la ye. Tunang aku bawak 1jam 50 minit je.
ini jalan gravel yang dah cantik sikit. -.-'


Kemudahan? Cukup-cukup makan. Haha. Air kat sini guna air graviti. Tapi sekolah ada je air tangki. Kengkadang air laju. Kengkadang air tak ada. Nasib baik kat sekolah ada tangki kan. Air kecik. Oklah, dari tak ada. Aku belum lagi rasa mandi sungai. Elektrik? Kat sekolah aku guna solar. Seronok bukan? tapi jangan salah sangka. Solar tak di selenggara. Jadi, waktu siang/ada matahari je solar ada. Malam kami guna genset. Tapi, semenjak aku masuk, 2 minggu je yang ada minyak gensetnya. Memalam aku bergelap. Berteman satu lampu rechargeable cap China yang aku beli. Ok la. Dari tak ada kan. Kalau line telefon pulak, kat sini ada maxis je. tapi dah dua minggu lebih tiada line. Tak tahu kenapa. Mungkin, dia punya piring dah terbang kena tiup angin. Kehkeh. Tapi nasib baik ada wifi sekolah. Tapi kalau solar mati, mati jugaklah wifi dia. =_='

Aku di sini masih lagi mampu bertahan. Even weekend aku duduk sengsorang di kawasan sekolah ni. Yela, semua cikgu  keluar. Aku yang tak ada transport, tak ada rumah, duduk sekolah jela. Kalau keluar pun, tumpang cikgu. Segan memang segan. tapi dah kau tak mampu kan. Huhu. Tunggulah aku kaya dan belajar bawak manual dulu. Tak adalah aku sengsorang je lagi. uh oh.

macam-macam aku nak tulis. Nanti2lah. Bye

1 comment:

Naniey TJ said...

mcm2 aq nk tnya ko....tp tkt 6t ko x t'jwb soalan aku...hahahaha.... cam ngeri plak ble aq bce cite ko ni...duk sengsorng... mlm2 b'glp.... mmmmm... *b'fikir

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages