Thursday, May 2, 2013

Saya Nak Makan lah!


Entry ini berdasarkan cerita dan tekak aku. Lain orang, lain rasa okie!


Makan. Makan. Makan.Bila benda tak ada depan mata, mesti kita teringin makan macam-macam kan? 

Aku sekarang teringin gila nak makan gulai lemak cili api. Versi Negeri Sembilan punya. Kat sini, bukan aku tak makan, makan. Masak santan diorang sebut. Tapi, tapi. Haish. Susah nak cakap. Tak se-feel yang mak aku selalu masak. Santan tak pekat. Tak pedas! Cair. Uh oh.  Tapi, apa-apa pun, thanks akak sebab masakkan, walaupun tak sampai piawai saya. Dapat jugak hilangkan kerinduan. *sepak muka limabelas kali sebab ngada-ngada* 

Disini, kau kena belajar lah makan cara diorang. Tak lain sangat pun. Sama je lebih kurang. Macam masak santan tu. Sup. ha. Sup diorang pun cair. Macam bening-bening. Tapi rasa dia. Pehh. Macam pelik, tapi sedap. Aku pun tak tahu nak describe macam mana. Sup dia tak adalah terangkat macam kau makan kat kedai Pak Dollah sana. Tapi sedap lah! Rasa dia. Hmm. Ha. Unik! Kalau nak tahu, kena lah try makan k.

Kalau kita kat semenanjung makan donut guna gula halus yg kisar tu. kat sini orang kaya sikit. Guna susu tepung. Sedap hoccay kalau makan panas-panas. Tapi kalau tak suka susu tepung, memang tak sedap la. Bagus betul orang kat sini. Taknak orang kena kencing manis kan. Hehe. Rasa lemak-lemak je. Me loike!

Tapi aku masih lagi belajar untuk telan nasik goreng kat sini. Aku tak tahu nak cakap. Mungkin diorang masak tak guna cili kali. Ntah. Macam tak ada rasa. Tapi letak kunyit. Tekak aku style makan nasik goreng cili padi. Style Melayu sangat kan. Memang susah lah nak telan kan. Uh oh. Kena belajar sikit cara makan ni.

Ha. Lupa nak cakap. Kalau kita sebut sambal, orang-orang sini sebut lada. Macam lawak kan. Lada. "Kau makan lada ke? Pedas tahu lada ni. " mula-mula janggal, sekarang aku otai. Tapi masih lagi tersasul sebut sambal jugak. *bajet urban sangat*

Sekarang aku teringin nak makan burger. Bukan McD ke, burger king ke, tapi burger jalanan. Kenapa? Sebab semenjak dua menjak ni aku rajin main game burger. *yela, orang tak ada letrik memalam. Main game jela kerjanya* sekarang terasa gila nak makan ni. Slurppp *kesat air liur* 








1 comment:

Iffah Afeefah said...

kat sne xde bge ke

mhn masak senirikla camtu

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages