Tuesday, December 6, 2011

Tips untuk Menjadi Pasangan yang Stylo

Hai. Hai. Assalamualaikum dan hello.

Cuti? Tak tahu nak buat apa? Rasa nak dating? Meh aku bagi tips meh biar kau denagn pasangan kau jadi pasangan yang paling stylo di abad ini. Hek.



Nak jadi stylo tak susah. Senang je. Antara benda kau kena buat ialah;

Gunakan panggilan yang slumber
Aku rasa orang sekarang kalau couple mesti nak jiwang kan? Macam nak bagitau satu dunia yang dia kau punya. Menggunakan panggilan yang jiwang-jiwang amatlah mengjengkelkan, tambah-tambah lagi kauorang belum kahwin. Mummy-daddy, papa-mama,dan baby-anje, paling koman pun mesti guna abang-ayang.

"mama, panjat pokok kelapa tu ma, papa nak minum air kelapa lah,"
"babi. Babi. Eh. Baby, garukan ketiak anje, gatallah."


Geli telinga dengar ok! Untuk jadi pasangan stylo, kau orang kena guna panggilan slumber. Aku-kau. Nak lagi stylo, guna gua-lu. Gila ah. Stylo gila!

"weh, kau tolong jagakan kambing aku jap, aku nak berak,"
"gua bosanlah. Yok main ketinting."


Orang yang dengar confirm macam. Perghhh. Stylo gila diorang. Couple kan diorang? Stylo. Stylo.


Pakai baju yang biasa
Kauorang kalau nak jumpa, pakai je baju biasa yang biasa pakai kat rumah. Tak payah nak pakai baju cantik-cantik. Menyampah tahu! Nak dating barulah nak cecantik. Kat rumah macam hape. Kalau kat rumah kau biasa pakaikain batik dengan tshirt lusuh. Pakailah tu bila keluar dating. Stylo betul! Semua orang akan pandang dan mengagumi kau. Ya. Kau!

"perghh. Gila lah perempuan tu. Stylo kot pakai kain batik jalan-jalan dekat Pavi. Perghh. Perghh."

Ha. Bangga tak? Bukan senang tahu. Orang macam ni kita panggil stylo. Bukan orang yang bermekap tebal, pakai canti-cantik. Meriah-meriah. Dah biasa sangat. Orang dah tak heran.


Kekurangan rasa cemburu dalam diri
Ha. Aku tahu, cemburu tu konon-kononnya tanda sayang kan. Tapi kalau kauorang sikit-sikit nak cemburu dengan pasangan kau, tak stylo langsung.

Pasangan kau pergi jamban kejap. Kau nak jelesh,
"anje (ewww) jumpa siapa dalam jamban lama sangat tu? Anje duakan baby kan. Anje ada orang lain kan?" *cakap sambil nangis dan menepuk-nepuk dada si pasangan.
"anje gi berak jela baby. 3minit ni paling cepat tau anje berak. Cepat-cepat anje teran tau!"
"anje tipu. Tipu. Anje curang.


Ha. Para pasangan di luar jangan macam tu. Itu tidak stylo. Untuk stylo, kau orang kena cool. Tak payah ada jelesh lagi bagus.

Pasangan yang tak jelesh langsung bila kau tengok pasangan kau peluk2 dengan orang lain even time tu kat ada bersama. Jalan pegang perempuan/lelaki lain walaupun kau ada kat sebelah. Mesti semua orang pandang dan tertanya.

"eh. Bukan diorang couple ke? Pesal pakwe dia peluk-peluk orang lain? Awek dia tak peluk pun."
"pergghh. Stylo kot awek dia cool je. Sikit pun tak jeles. Aku pun nak awek macam tulah."


Tengok. Secara tak langsung saham kau naik. Bukan tu je. Orang memuji kau orang pasangan yang stylo. Stylo tak? Stylo kan. Kan.


Cubalah. Pasti kauorang jadi pasangan yg stylo habis. Salute lah!

5 comments:

ParkAir said...

Hehe try laa... kalu nasib baik x kena cerai.

Iffah Afeefah said...

aku takley jdi stylo la weh

pasngn pon xde

Iffah Afeefah said...

aku takley jdi stylo la weh

pasngn pon xde

Paris Lipton said...

huhu ganaz ni...so ble masa nak bejiwang? ermmm

Munnafendy said...

oh yeahhhh! aku ada sorang kawan ni, dia ngan bf dia mmg ber-aku kau je! tak lama lg nak kwin dah..hehe

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages