Thursday, December 1, 2011

Aku dan Jin Lampu Ajaib

Assalamualaikum dan hello semuaa


Besh bukan hidup di dunia kalau betul-betul wujud lampu ajaib. Ala. Macam cerita Aladin (kot)tu.




Gosok-gosok tepi lampu ajaib. Keluar jin.
"siapa yang bahlul menggeletek aku. Geli siak!"
Aku terketar-ketar namun berani mengaku.
"aa...aaa..aaiishiteru. Eh. Salah. Aaaa.aku!"

Jin pandang tajam kat aku. Rasa nak cucuk mata dia.
"hah! Apa kau nak?"
"aaa..ku..nak..nak."
"copek sikit fikir. Kau boleh mintak tiga benda je. Jangan yang kurafat dan syirik kau mintak, dah!"
tegas jin tu cakap.


Aku pun berfikir. Aku. Aku. Aku nak..nak,

"Aku nak Polaroid camera satu!" kataku lantang


Jin pandang aku. Sinis.

"apsal kau nak kamera tu pulak?"
Aku pandang ke bawah. Melihat jari-jari kaki yang sudah kotor.
"sebab dia stylo. Ada benda tu cool bukan." jawabku perlahan.


Jin pandang aku lagi. Tapi lebih tajam. Mendengus!
"hah! Kau nak takbur ye?"

Segera ku pandang muka jin walaupun masih ada rasa takut. Aku mesti menidakkannya. Bukan itu niatku.
"bukan.bukan.bukan itu niat aku!"
"habis apa????"
"aku nak buat kenangan gambar-gambar yang aku ambil."



Jin menyilangkan tangan. Berfikir.
"bukan kau dah ada kamera?"
"ya. Tapi berat."


"kau manusia tamak!"
"bukan begitu jin. Aku hanya mahukan ia sebab kamera tu instant. Ambik gambar. Treeetttt. Terus keluar gambar. Dengan tu, aku boleh ambik gambar yang aku rasa penting. Untuk aku buat kenangan. Tahun depan aku dah last year. Bagilah aku ambik gambar untuk kenangan pada masa akan datang."



Jin masih lagi tidak berpuas hati.
"gunalah kamera yang kau ada untu, ambil gambar tu semua."

Aku mengeluh. Hmm.
"memanglah boleh. Tapi kalau guna kamera tu. Aku tak perlu pilih-pilih gambar untuk dicuci.hantar kedai. Tunggu gambar semua siap dicuci. Semua tu leceh! Leceh kau tahu! Membazir masa. Masa lagi berharga dari segalanya kan?" ku soal jin itu sambil buat muka poyo.


Jin memandang aku. Mengeluh lagi. Berkata dengan perlahan.
"betul kata kau. Tapi kenapa kau perlu ambil gambar yang bukan-bukan.kau tahu bukan benda tu melecehkan engkau untuk pilih gambar."


Jin macam main tarik tali dengan aku. Hai. Macam ada chance ni. Aku tersenyum.
"itu memang betul. Tapi siapa kita untuk mengawal orang lain jin. Bukan semua orang sama macam kita. Suka ambil gambar sekeliling. Bila tengok gambar tu akan datang. Teringat balik kenangan. Tak semua jin. Tak!"
"sekiranya aku menggunakan kamera instant tu. Aku boleh kawal tahap penggunaannya. Aku tahu gambar apa yang akan diambil."



Jin ku lihat menggeleng-gelengkan kepala. Berkerut-kerut dahinya. Memikir mungkin.
"betul kata kau. Tapi sorry to say. Kau kena stop meminta ikut suka anak tekak kau. Kalau kau nak, beli sendiri. Kau tahu bukan. Percaya akan kewujudan aku adalah tahyul. Apatah lagi mintak-mintak kat aku. Kurafat semua ni. Kurafat."


Aku terkesima. Ah. Tak mungkin macam ni yang berlaku.
"tapi jin...." aku merayu.


Jin berdekah gelakkan aku. Kemudian dia pandang aku. Semacam.

"bangunlah anak muda. Sedar dari lamunan. dah tiba masanya kau jangan asyik nak meminta. Usahala sendiri. Kau akan lebih hargai."
"orang pun takkan penuhi permintaan kau walaupun pada awalnya dia berjanji. Bangunlah. Usahalah."


Aku tertunduk. Sedih. Hampir menitiskan air mata.

"sampai hati kau jin,"



P/S: wake up Masz!

Sumber gambar: Google

3 comments:

Jo Qusary said...

Masa aku kecik dulu keluarga aku ada polaroid kamera... dan KFC pernah bagi kamera polaroid kecik free dgn kombo makanan sebagai mainan utk kanak2 pd thn 1986.

Iffah Afeefah said...

akula jin tu

wake up masz

ko lg beruntung dr sume kekawan ko y ad dunia ni

Masz Mukhtar said...

@Jo Qusary: amboi KFC. Over tau bagi polaroid camera utk mainan budak2. Zaman sekarang tak ada ke?

@ipah: ada rupa jin dah tu? Hikhik

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages