Thursday, September 29, 2011

Perubahan

Assalamualaikum dan hello semua.

Pernah terfikir nak berubah? Ke kau orang memang dah berubah, tapi masih tak sedar.
Berubah ni banyak kan. Ada yang baik, ada yang tak.

nasihat diri sebelum nasihat orang lain. T__T



Aku rasa aku dah banyak berubah. Mungkin nampak baik sikit.
Dulu terlebih baik, sekarang laaagggggiii baik. OKPerasan! Aku rasa semua orang patut berubah.
Bukan masih di tahap yang sama. Dan seelok eloknya, mesti lah ke arah kebaikan.

Antara benda yang aku harapkan nak berubah:
1. Sikap aku.
Kalau boleh biar lebih sopan. Kesopanan dan kesusilaan. Rukun negara ke 5!

2. Pemikiran
Matang sikit! Takkan nak asyik kena tegur, baru nak sedar diri. Aigo T___T

3. Hubungan
Dah ubah status. Dah bosan asyik jadi single. Haha OKGATAL!

4. Penampilan
Berharap sangat dapat ubah yang 1st, maka yang ini mungkin terhasil. =.='

Kepada mana mana pihak yabg belum berubah. Meh la berubah sama. Kita kan tak boleh berada di takuk yang sama. Kenalah berubah. Contoh dulu bila tak siap kerja, tak faham buat kerja. Baru nak cari orang. Bila faham, lupa orang. Mana boleh macam tu kan. Haipp. Babab karang.
Berubahlah untuk kebaikan. Jangan ingat bila rasa susah, jangan buat baik, tapi nak tunjuk tunjuk. Ohh. Nak bagitau satu dunia "si Polan teruk, sayew baik." Ohhh. Tidak. Itu semua tak bagus. *Tak bagus punyeeee okie!

Sekarang aku akan berubah untuk menjadi lebih jahat. HAHA *evil laugh.


P/s: tak suka orang yang menegur orang tapi tak sedar diri sendiri. (aku lettew) haha. Kita kalau nak berubah kena dari hati ye adik adik. Jangan kena bebel potpet potpet (baca: nasihat), baru nak insaf. Lepas tu hampeh balik.


Okielah. Bye. Tak ada motif. Aku jugak la tu. :))

No comments:

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages