Dah lama rasanya aku tak update blog. Ada rasa seminggu lebih.
Macam-macam yang terjadi sepanjang seminggu lebih ni.
Diantaranya ialah program BIG yang berlangsung di Pusat Aktiviti
Orang Tua, Sungai Rambai pada 23 Julai yang lepas. Beshh you!
Memang nampak macam tak glamer kan buat kat situ. Orang tua.
Orang tua. Orang tua. Tapi kami bukan pergi melawat orang-orang tua yang sakit,
kena tinggal oleh anak dsb. Kami pergi ke tempat orang-orang tua berkumpul, dan buat aktiviti
. Seronok sangat! Layan kepala pakcik2 duda dan makcik2 janda bercerita.
Merepek. Tambah2 lagi bab kahwin. Hehe. Diorang happy. Seronok. Kami pun jadi seronok sama. Kalau pergi pusat kebajikan orang tua, mesti kami tak seseronok macam tu. Yela. Orang macam tu, percakapan kena jaga. Tingkahlaku dan macam2 lagi. Tapi orang2 tua ni tak.
Mereka menjalani kehidupan biasa, Cuma mereka dibawah bantuan JKM je.
Mereka juga ada anak. Cuma ramai yang tak ada pasangan hidup je.
Kebanyakan dah pergi menyahut seruan Illahi. Innalillah.
Masa program ni, paling yang banyak cakap,
ada seorang pakcik ni. Aku pun suka layan kepala dia. Pakcik Duan. Pakcik ni bekas imam.
Gila ah! tergamam dan kagum aku apabila dia bagi tazkirah. masih power!
Even umur dia dah 86tahun, tapi dia masih nampak bertenaga. Takda
macam orang muda tenaga dia, tapi masih gagah la orang cakap.
Dia ni penghidup suasana. Gamat jadi suasana masa tu. Macam2 dia nak komen.
Ada je nak bantah bila game tuh. Tapi masalahnya, bantah2, tak menang pulak tu.
Adik dia yang macam senyap je tu, yang menang no.1. senyap
je adik dia. Berbeza. Memang berbeza. Kalau nak dibandingkan dengan
adik beradik aku. Aish. Jauh betul beza. Semua banyak cakap. Hehe.
So, aku tempekkan sikit gambar pakcik2, makcik2 semasa menyertai aktiviti kitorang ni. Wallaweh.
pakcik duan
aktiviti suai kenal
dan aku yang sedang menunjuk cara anyam ketupat dekat mentor aku. hehe
game2
2 comments:
nk pe gi lagiii..
nk pegi lagi....
g la. lawat time raye ye. hehe
Post a Comment