Tuesday, May 22, 2012

Siri Orang TAK Berapa Lidi: Perut

Aku baru install application cartoon studio, dan adik aku telah godeh2 lalu membuat cartoon versi dia based gambar yang telah tersedia.

Even tak lawak, tapi aku nak share jugak. Sila layan!

Friday, May 18, 2012

DIY Craft: Duct Tape Rose

Assalamualaikum dan hello semua.

Hai hai. Memandangkan aku sedang bosan bercuti tanpa izin *dan dah kena bebel*, aku mencuba membuat bunga rose dari duct tape yang telah dibeli tanpa tujuan dengan menggunakan baucer buku.

Oh ye. Aku buat bunga ni pun ikut youtube. Disebabkan aku ni amatur dan budak baru nak pandai merangkak, dia jadi agak kurang cantik lah.

Meh kita buat sesama.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah;
Duct tape merah (bunga) dan hijau (daun+batang),
Marker pen hijau dan merah,
Gunting,
Player,
Dan dawai halus.

Memula, guntingkan duct tape, dan lekatkan pada dawai halus,


Kemudian, lipatkan duct tape tersebut dengan tak sama panjang,


Guntingkan duct tape tersebut menjadi melengkung.


Kemudian, warnakan tepi duct tape tersebut guna marker pen merah agar tak nampak putih-putih kesan gunting tu. *macam tu jugak daun nanti, tapi guna marker hijau pulak oki!*


Gulungkan duct tape yang telah digunting menjadi gulungan yang paling kecil sebagai dasar kelopak bunga,


Tampal dan gulungkan duct tape lain yang telah digunting untuk menjadi kelopak-kelopak bunga yang lain.

Kauorang boleh buat beberapa kelopak bunga yang kauorang suka. *aku buat sepuluh jek*

Kemudian, pintalkan dawai2 halus agar menjadi kemas. Kalau tangan kauorang lemah, boleh guna player ok.


Sekarang, untuk membuat daun bunga, gunting duct tape berwarna hijau dan lipatkan tak sama panjang. Dan guntingkan menjadi bentuk segi tiga. Buat dalam 4 hingga 5 segitiga.


Lekatkan segi tiga tersebut dibawah kelopak bunga yang telah siap.


Untuk mengemaskan lagi batang bunga daripada dawai2 halus yang telah dipintal tadi, lekat dan gulungkan duct tape berwarna hijau padanya.


Okies. Sekarang sudah siap. Kauorang boleh buat banyak2, dan bentuklah sendiri jambangan bunga ros kauorang.


Wednesday, May 16, 2012

Siri Orang Lidi: iPad

Assalamualaikum dan hello.

aku ada anak buah. Airisha nama dia. aku panggil dia Adik/Aai je. Hari Sabtu yang lepas dia baru balik dari kampung belah sana.


esoknya, bila aku nak balik Melaka,


budak-budak zaman sekarang main mintak aje kan apa yang dia nak. =_='. ingat senang agaknya nak carik duit. =_="

Friday, May 11, 2012

Siri Orang Lidi: Tikam


A stranger stabs you in the front,


A friend stabs you in the back,


A lover stabs you in the heart,

BUT..



A bestfriend onle poke each other with straws.

Sumber quote: pakcik Google

P/S: maaf. gambar tak cantik kerana tidak ada scanner sekarang. *hoi! Gambar kau lukis pernah cantik ke? * *tunduk. Sedih*

Saturday, May 5, 2012

Doodle on Puzzle

Assalamualaikum dan hello.

Hohoi. Kembali semula dalam projek art attack kita. Ececeh. Art attack lah sangat. Haha.

Okie. Projek doodle pada kali ini dilakukan di atas puzzle kosong. Ya. Kosong! Kau boleh conteng sesuka hati kau.

Jom tengok hasil



Puzzle kosong ni kau boleh beli dekat Daiso. 2 rm 5. Murah-murah


Kau boleh lakar apa-apa yang kau suka.






Warnakan agar puzzle kau cantik sikit. Dan senang nak main.


Sekarang dah boleh main.

Okie. Semoga kauorang segera menyerang Daiso dan membeli puzzle kosong ni. Murah-murah. Macam-macam kau boleh buat. Ciptalah jigsaw puzzle edisi kau sendiri! Semuanya bermula di Daiso. *dah macam duta Daiso dah aku* haha

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages