Tuesday, December 6, 2011

Tips untuk Menjadi Pasangan yang Stylo

Hai. Hai. Assalamualaikum dan hello.

Cuti? Tak tahu nak buat apa? Rasa nak dating? Meh aku bagi tips meh biar kau denagn pasangan kau jadi pasangan yang paling stylo di abad ini. Hek.



Nak jadi stylo tak susah. Senang je. Antara benda kau kena buat ialah;

Gunakan panggilan yang slumber
Aku rasa orang sekarang kalau couple mesti nak jiwang kan? Macam nak bagitau satu dunia yang dia kau punya. Menggunakan panggilan yang jiwang-jiwang amatlah mengjengkelkan, tambah-tambah lagi kauorang belum kahwin. Mummy-daddy, papa-mama,dan baby-anje, paling koman pun mesti guna abang-ayang.

"mama, panjat pokok kelapa tu ma, papa nak minum air kelapa lah,"
"babi. Babi. Eh. Baby, garukan ketiak anje, gatallah."


Geli telinga dengar ok! Untuk jadi pasangan stylo, kau orang kena guna panggilan slumber. Aku-kau. Nak lagi stylo, guna gua-lu. Gila ah. Stylo gila!

"weh, kau tolong jagakan kambing aku jap, aku nak berak,"
"gua bosanlah. Yok main ketinting."


Orang yang dengar confirm macam. Perghhh. Stylo gila diorang. Couple kan diorang? Stylo. Stylo.


Pakai baju yang biasa
Kauorang kalau nak jumpa, pakai je baju biasa yang biasa pakai kat rumah. Tak payah nak pakai baju cantik-cantik. Menyampah tahu! Nak dating barulah nak cecantik. Kat rumah macam hape. Kalau kat rumah kau biasa pakaikain batik dengan tshirt lusuh. Pakailah tu bila keluar dating. Stylo betul! Semua orang akan pandang dan mengagumi kau. Ya. Kau!

"perghh. Gila lah perempuan tu. Stylo kot pakai kain batik jalan-jalan dekat Pavi. Perghh. Perghh."

Ha. Bangga tak? Bukan senang tahu. Orang macam ni kita panggil stylo. Bukan orang yang bermekap tebal, pakai canti-cantik. Meriah-meriah. Dah biasa sangat. Orang dah tak heran.


Kekurangan rasa cemburu dalam diri
Ha. Aku tahu, cemburu tu konon-kononnya tanda sayang kan. Tapi kalau kauorang sikit-sikit nak cemburu dengan pasangan kau, tak stylo langsung.

Pasangan kau pergi jamban kejap. Kau nak jelesh,
"anje (ewww) jumpa siapa dalam jamban lama sangat tu? Anje duakan baby kan. Anje ada orang lain kan?" *cakap sambil nangis dan menepuk-nepuk dada si pasangan.
"anje gi berak jela baby. 3minit ni paling cepat tau anje berak. Cepat-cepat anje teran tau!"
"anje tipu. Tipu. Anje curang.


Ha. Para pasangan di luar jangan macam tu. Itu tidak stylo. Untuk stylo, kau orang kena cool. Tak payah ada jelesh lagi bagus.

Pasangan yang tak jelesh langsung bila kau tengok pasangan kau peluk2 dengan orang lain even time tu kat ada bersama. Jalan pegang perempuan/lelaki lain walaupun kau ada kat sebelah. Mesti semua orang pandang dan tertanya.

"eh. Bukan diorang couple ke? Pesal pakwe dia peluk-peluk orang lain? Awek dia tak peluk pun."
"pergghh. Stylo kot awek dia cool je. Sikit pun tak jeles. Aku pun nak awek macam tulah."


Tengok. Secara tak langsung saham kau naik. Bukan tu je. Orang memuji kau orang pasangan yang stylo. Stylo tak? Stylo kan. Kan.


Cubalah. Pasti kauorang jadi pasangan yg stylo habis. Salute lah!

Friday, December 2, 2011

Giveaway Shakura Pigmentation Beauty by Dyla Zaman

Hi! Hi!

Disebabkan aku bosan tahap gaban cuti-cuti ni, aku pergi jenjalan ke blog-blog orang. Dan tetiba junpa satu giveaway ni. Haish. Macam besh je aku nak join. Mana tau bertuah kan, dapatlah i Free 1 Full Pigmentation Treatment worth RM300. Kelas gittew.




Syarat dia senang je.

1) Buat satu entry "Giveaway Shakura Pigmentation Beauty by Dyla Zaman"

2) Letak header blog beliau dan link kan ke blognya

3) Kalau nak kukuhkan lagi sebab kau orang nak sangat give away tu, kauorang boleh letak gambar dan bagitau sebab-sebab kenapa kauorang nak.

4) Tinggalkan link entry dkat ruang komen beliau.

5) benda ni tak ada tarikh tutup. Sukati dia lah nak tutup bila. Kauorang boleh join sukati kauoranglah. Lepas nenek kau kahwin pun masih ada masa lagi nak join.

Meh aku bagitau kenapa aku nak sangat giveaway ni.

Sebenarnya..aa..aa..aaakkuu tak pernah pun pergi buat treatment pasal kecantikan ni. Huwaaa. *nangis guling-guling dekat lantai* aku pun rasa gak pengalaman dia macam mana. Taklah nanti cucu aku tanya akan datang, aku ternganga je mulut tak tau nak jawab apa.

Sambil mengesat hingus yang mengalur keluar macam air terjun yang mengalir deras akibat hujan kebelakangan ini, aku harap si Dyla Zaman ni akan kesiankan aku, lalu berbesar hati bagi aku tiket tu. Aku pun nak merasa jugak. *sobs.sobs.

Lagipun cuti-cuti sem ni jerawat suka sangat bermain-main di muka aku ni. Suka sangat sampai dia jadikan muka aku ni rumah diorang. =_=' suka-suka diorang je nak datang,lepak,pastu blah. Huh!

Aku berharap Cik Dyla kesiankan aku. Bagi k. Okie. Aku tunggu. Dyla dah janjikan. Kan. *gembira*
Eh. Lupa Kauorang kalau nak join, pergi klik itu headaer dia oki!

P/S: untuk Pipah. Mehla join jom! Hehe

Masterchef

Assalamualakum dan hello.



Cuti-cuti yang bosan ni banyak aku habiskan dengan menonton tv. Salah satu cerita aku tengok Masterchef America season 2. Kat Starworld sekarang dia buat ulangan rasanya.

Ada satu sesi macam auditon tu. Ada orang masak buaya. Gilo ko apo? Buaya? Boleh makan ke? Pelik-pelik seh diorang ni. Rasa geli melimpah ruah. Eii. Ntahapa-hapa.

Sumber gambar: Google

Thursday, December 1, 2011

Aku dan Jin Lampu Ajaib

Assalamualaikum dan hello semuaa


Besh bukan hidup di dunia kalau betul-betul wujud lampu ajaib. Ala. Macam cerita Aladin (kot)tu.




Gosok-gosok tepi lampu ajaib. Keluar jin.
"siapa yang bahlul menggeletek aku. Geli siak!"
Aku terketar-ketar namun berani mengaku.
"aa...aaa..aaiishiteru. Eh. Salah. Aaaa.aku!"

Jin pandang tajam kat aku. Rasa nak cucuk mata dia.
"hah! Apa kau nak?"
"aaa..ku..nak..nak."
"copek sikit fikir. Kau boleh mintak tiga benda je. Jangan yang kurafat dan syirik kau mintak, dah!"
tegas jin tu cakap.


Aku pun berfikir. Aku. Aku. Aku nak..nak,

"Aku nak Polaroid camera satu!" kataku lantang


Jin pandang aku. Sinis.

"apsal kau nak kamera tu pulak?"
Aku pandang ke bawah. Melihat jari-jari kaki yang sudah kotor.
"sebab dia stylo. Ada benda tu cool bukan." jawabku perlahan.


Jin pandang aku lagi. Tapi lebih tajam. Mendengus!
"hah! Kau nak takbur ye?"

Segera ku pandang muka jin walaupun masih ada rasa takut. Aku mesti menidakkannya. Bukan itu niatku.
"bukan.bukan.bukan itu niat aku!"
"habis apa????"
"aku nak buat kenangan gambar-gambar yang aku ambil."



Jin menyilangkan tangan. Berfikir.
"bukan kau dah ada kamera?"
"ya. Tapi berat."


"kau manusia tamak!"
"bukan begitu jin. Aku hanya mahukan ia sebab kamera tu instant. Ambik gambar. Treeetttt. Terus keluar gambar. Dengan tu, aku boleh ambik gambar yang aku rasa penting. Untuk aku buat kenangan. Tahun depan aku dah last year. Bagilah aku ambik gambar untuk kenangan pada masa akan datang."



Jin masih lagi tidak berpuas hati.
"gunalah kamera yang kau ada untu, ambil gambar tu semua."

Aku mengeluh. Hmm.
"memanglah boleh. Tapi kalau guna kamera tu. Aku tak perlu pilih-pilih gambar untuk dicuci.hantar kedai. Tunggu gambar semua siap dicuci. Semua tu leceh! Leceh kau tahu! Membazir masa. Masa lagi berharga dari segalanya kan?" ku soal jin itu sambil buat muka poyo.


Jin memandang aku. Mengeluh lagi. Berkata dengan perlahan.
"betul kata kau. Tapi kenapa kau perlu ambil gambar yang bukan-bukan.kau tahu bukan benda tu melecehkan engkau untuk pilih gambar."


Jin macam main tarik tali dengan aku. Hai. Macam ada chance ni. Aku tersenyum.
"itu memang betul. Tapi siapa kita untuk mengawal orang lain jin. Bukan semua orang sama macam kita. Suka ambil gambar sekeliling. Bila tengok gambar tu akan datang. Teringat balik kenangan. Tak semua jin. Tak!"
"sekiranya aku menggunakan kamera instant tu. Aku boleh kawal tahap penggunaannya. Aku tahu gambar apa yang akan diambil."



Jin ku lihat menggeleng-gelengkan kepala. Berkerut-kerut dahinya. Memikir mungkin.
"betul kata kau. Tapi sorry to say. Kau kena stop meminta ikut suka anak tekak kau. Kalau kau nak, beli sendiri. Kau tahu bukan. Percaya akan kewujudan aku adalah tahyul. Apatah lagi mintak-mintak kat aku. Kurafat semua ni. Kurafat."


Aku terkesima. Ah. Tak mungkin macam ni yang berlaku.
"tapi jin...." aku merayu.


Jin berdekah gelakkan aku. Kemudian dia pandang aku. Semacam.

"bangunlah anak muda. Sedar dari lamunan. dah tiba masanya kau jangan asyik nak meminta. Usahala sendiri. Kau akan lebih hargai."
"orang pun takkan penuhi permintaan kau walaupun pada awalnya dia berjanji. Bangunlah. Usahalah."


Aku tertunduk. Sedih. Hampir menitiskan air mata.

"sampai hati kau jin,"



P/S: wake up Masz!

Sumber gambar: Google

Sunday, November 27, 2011

Gua Bengang!

Gua bengang gua terdelete entry gua etang tadi. Dan bertambah bengang terdelete jugak entry yang aku dah siap tinggal masa untuk publish. Bengang. Bengang.

Wednesday, November 23, 2011

Tersenyum

Assalamualaikum dan hello.

Sedang aku menunggu hampir sejam Iskandar dirawat, aku hanya mendengar perbualan apek yang bekerja dengan rakan sekaum.
Dalam bahasa mereka.

"pungpang. Pungpang." *bahasa mereka*
aku senyum. Main game, dan sambil tersenyum.

"aiya Adik. Lu paham ka apa kita cakap?" tegur si Apek.

Aku hanya tersenyum.

"Itu adik manyak pandai. Paham kita cakap." katanya lagi pada si Rakan.

Aku hanya tersenyum lagi.

Aku kata dalam hati. Aku senyum sebab kau cakap macam gagap dalam bahasa kau. Kelakar je bunyi. =__='

P/S: BM aku masih tunggang langgang. BI pun merangkak-rangkak nak fahamkan. inikan pulak bahasa lain. T__T



-------------------------------------
Mahu bersiap-siap untuk ke LCCT menjemput Encik Beliau. Doakan aku semoga selamat untuk memandu sendirian di musim hujan ini.

Saturday, November 19, 2011

Siri Orang Lidi: Mood








P/S: Kalau pasal duit, semua mood jadi gembira kan. *dermalah duit pada aku. Nescaya aku happy gila*

Thursday, November 17, 2011

Lukisan

Sedang aku berkemas untuk mengemaskan bilik yang sudah lama tak berkemas ini. Terjumpa beberapa lukisan yang agak huduh pada pandangan aku. Agak lama lukisan-lukisan ni. Masih dizaman Jepun apabila melukis menggunakan drawing book.

Ohh. Malu rasanya melihat hasil kerja sendiri. Sedarlah diri kau tu memang buta seni Masz!




. Ini bukan gambar lama. Beberapa bulan yang lepas

. 2009 mungkin: aku mmg tak pandai lukis orang

Dilukis oleh aku pada 2010



Maaf atas kemalasan aku meng-rotate-kan gambar. Ahh. Aku memang pemalas. *teruk*

Sunday, November 13, 2011

Siri Orang Lidi: Musim Exam

Assalamualaikum dan salam hello semua. 
Sekarang ni kan musim exam. Ahh. Aku salah seorang mangsa.








Kepada semua. Aku nak mintak maaf sekiranya;
- termengata/ sengaja mengata
- terkasar/ sengaja kasar
- termengumpat/ sengaja mengumpat
- terkutuk/ sengaja mengutuk
Dan macam-macam ter atau sengaja yang buat aku berdosa dan kauorang dapat pahala free. Maaf juga kalau bila-bila kauorang rasa annoyed dengan aku *aku pun kadang-kadang annoyed dengan kauorang*.maaf atas segalanya. Kauorang yang mengata, mengutuk,mengumpat dan macam-macam lagi dekat aku, aku maafkan. Semoga kita sama-sama dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

Buat adik, Ienot. Esok dah SPM. Buat yang terbaik! SPM tu tiket kehidupan akan datang. Kena buat sehabis baik. Semoga dimurahkan rezeki untuk menjawab soalan dengan tenang dan ingat akan apa yang telah dipelajari.

P/S: Encik Beliau nak aku dapat 3.6 dan ke atas. Uh oh. Lambat cakap. Kalau tak, berusaha bersungguh-sungguh time buat assignment haritu. Hehe. Saya berjanji akan berusaha bersungguh pada esok hari, lusa hari dan tulat hari!

Wednesday, November 9, 2011

Hari yang Penuh Dengan Ucapan

Assalamualaikum dan hello.

Alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak charger aku. Akibat tertinggal, handset aku tak bernyawa selama dua hari. Itulah! Siapa suruh tak charge sebelum balik. Uh oh. * sedih



Terima kasih kepada adik dan abang (Ienot dan Angah) sebab sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit *macamla buat pengorbanan besar* untuk poskan charger ini. Terima kasih. Terima kasih!

Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Posmen sebab meng-delivery-kan charger itu ke rumah. Terima kasih banyak-banyak.

Ucapan terima kasih pada kakak (Kak Yam) sebab ambilkan charger bagi pihak aku sewaktu aku masih lagi terlentang tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.12pagi. *teruk*

Tidak dilupakan pada yang baik hati, Puan Emak kerana memberi pinjam handset selama dua hari. Jangan risau Puan, saya hanya menggunakan kredit Puan tak sampai RM 2 rasanya.

Buat yang tersayang, Encik Beliau, terima kasih kerana sanggup ber-skype-ing dgn saya berterusan selama dua hari ini ekoran itu sahaja alat komunikasi kita. Terima kasih kerana sanggup bersusah payah mencari line sehingga diluar rumah, lalu menjadikan anda umpama penumpang di rumah sewa sendiri. Terima kasih!

Kepada rakan-rakan yang texted saya, tapi tidak dibalas atau failed, maaflah! Saya tiada niat untuk tidak balas messages tersebut. Namun itu semua suratan, saya tidak boleh buat apa! Maaf diucapkan.

Buat peminat semua, tanpa anda tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini. Terima kasih!

P/s: rasa macam menang MTV award pulak. Hoho

--------------ucapan lagi----------
Selamat Hari Jadi buat abang saya yang banyak membantu menyenangkan hidup; Kamaroszaman bin Hj. Ramli yang ke 40. Tanpa anda siapalah Iskandar disamping saya. Haha

Buat Mikail, anak buah lelaki yang pertama tapi ada rupa macam Sin Chan sikit *aku yang rasa* walaupun rambut sedikit kerinting rambut, happy 1st birthday sayang! Lagi 20tahun, baru boleh masuk club ye. Hoho

Ini Sangat Cool!

Assalamualaikum dan hello semua

Beberapa hari yang lepas aku ada tengok satu video kat fb kawan aku. Pasal iband (apple device). Wah. Aku rasa sangat smart okie! Aku tertanya-tanya, kenapalah aku tak pandai main muzik ek. Bukan tak pandai je. Tak ada kecerdasan muzik langsung dalam diri. Nyanyi pun suara sumbang mengalahkan katak panggil hujan. Hukhuk *sedih

Okie. Meh usha video yang aku rasa super awesome!





Comel fila Bebot tu. Nak beli mahal kot harga dia.

Kau orang kalau nak tengok lagi,pergi search sendiri ye di Youtube.sangat banyak dan cool2 semua. Jimat duit tak payah beli alat muzik. Uh oh

P/s: aku dah install tabla yang free. Tapi tak reti main pun. Apakah?

Sunday, October 30, 2011

Siri Orang Lidi: Sakit Kepala






Anda yang sakit kepala, cubalah. InsyaAllah berjaya. Kurangkan makan panadol ye.
Selain tu, boleh rendam kaki kat air sejuk (tak silap) jugak.

P/S: Suka Encik Beliau bacakan doa dan  cakap perkataan Bahasa Arab. Suka jugak dengar mengaji. Macam dengan Encik Ustadz pulak

Wednesday, October 26, 2011

Siri Orang Lidi: Hutang







Sabda Rasulullah SAW

[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang].
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W :

[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya].

Abu Said R.a berkata :

"Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak.
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya.
(sumber: Ini )

P/S: aku ada hutang sesiapa tak? Kalau ada, meh la tuntut sekarang. Rasanya masih mampu nak bayar sebab tak hutang sampai beriban kan. Aku bukan taknak bayar, mungkin aku lupa. Taknaklah pahala akubyang seciput ni nak bagi dekat orang. *sobs. Sobs. Karang tinggal dosa aje.
Kalau yang hutang budi tu, aku bawa mati je okie.

Kepada pemiutang emak dan ayah aku, nanti aku dah kerja, bolehlah tuntut dekat aku okie. InsyaAllah aku akan bayar.

Pesanan aku: jangan bunuh diri sebab cinta. Itu bodoh namanya!

Wednesday, October 12, 2011

Siri Orang Lidi: Duit







---------------------------------------------------------------------------------------------

buku conteng conteng orang lidi wa hilang. wa sedih sehingga terpaksa menebang beberapa batang pokok lain untuk menconteng. buku. mana kau buku?
siapa jumpa buku wa, boleh msg wa, dan dengan sepantas kilat wa akan datang kat lu orang. tapi sebelum tu pastikan buku tu sah la buku wa ek.
jumpa contact wa kat no 0137. eh. yang jumpa mesti kenal wa. dah ada nombor tepon punya.

Tuesday, October 11, 2011

Siri Orang Lidi: Bodek










P/s: terima kasih mak sebab belanja pizza. Sayang mak sangat sangat. *ahh kau Masz, mak belanja barulah nak cakap sayang. =__='

Monday, October 10, 2011

Siri Orang Lidi: Botak

Aku ada kereta. Abang aku bagi bila aku pass JPJ test. Bukan kereta baru. Kereta 2nd dan dah lama.


Pada suatu hari,




Thursday, September 29, 2011

Perubahan

Assalamualaikum dan hello semua.

Pernah terfikir nak berubah? Ke kau orang memang dah berubah, tapi masih tak sedar.
Berubah ni banyak kan. Ada yang baik, ada yang tak.

nasihat diri sebelum nasihat orang lain. T__T



Aku rasa aku dah banyak berubah. Mungkin nampak baik sikit.
Dulu terlebih baik, sekarang laaagggggiii baik. OKPerasan! Aku rasa semua orang patut berubah.
Bukan masih di tahap yang sama. Dan seelok eloknya, mesti lah ke arah kebaikan.

Antara benda yang aku harapkan nak berubah:
1. Sikap aku.
Kalau boleh biar lebih sopan. Kesopanan dan kesusilaan. Rukun negara ke 5!

2. Pemikiran
Matang sikit! Takkan nak asyik kena tegur, baru nak sedar diri. Aigo T___T

3. Hubungan
Dah ubah status. Dah bosan asyik jadi single. Haha OKGATAL!

4. Penampilan
Berharap sangat dapat ubah yang 1st, maka yang ini mungkin terhasil. =.='

Kepada mana mana pihak yabg belum berubah. Meh la berubah sama. Kita kan tak boleh berada di takuk yang sama. Kenalah berubah. Contoh dulu bila tak siap kerja, tak faham buat kerja. Baru nak cari orang. Bila faham, lupa orang. Mana boleh macam tu kan. Haipp. Babab karang.
Berubahlah untuk kebaikan. Jangan ingat bila rasa susah, jangan buat baik, tapi nak tunjuk tunjuk. Ohh. Nak bagitau satu dunia "si Polan teruk, sayew baik." Ohhh. Tidak. Itu semua tak bagus. *Tak bagus punyeeee okie!

Sekarang aku akan berubah untuk menjadi lebih jahat. HAHA *evil laugh.


P/s: tak suka orang yang menegur orang tapi tak sedar diri sendiri. (aku lettew) haha. Kita kalau nak berubah kena dari hati ye adik adik. Jangan kena bebel potpet potpet (baca: nasihat), baru nak insaf. Lepas tu hampeh balik.


Okielah. Bye. Tak ada motif. Aku jugak la tu. :))

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages