Wednesday, August 7, 2013

Siri Orang Lidi: Tukar Agama

Di sekolah aku, ada dua prasekolah. Seorang cikgu beragama Islam (aku), dan seorang lagi Kristian. Jadi, bila waktu Pendidikan Islam, budak-budak kelas akan pergi ikut cikgu. Yang beragama Islam, akan masuk kelas aku, manakala Kristian akan pergi kelas lagi satu (atas), untuk belajar moral.

Petang-petang, Isnin sampai Khamis, budak-budak datang membaca. Macam kelas tambahan gitu. Kami buat dekat ruang makan, di atas. Sebelah kelas atas.
Sedang-sedang belajar, tiba-tiba ada budak tanya.

Budak-budak. Hadoi.

Posted via DraftCraft app

Siri Orang Lidi: Malas


Posted via DraftCraft app

Thursday, May 2, 2013

Saya Nak Makan lah!


Entry ini berdasarkan cerita dan tekak aku. Lain orang, lain rasa okie!


Makan. Makan. Makan.Bila benda tak ada depan mata, mesti kita teringin makan macam-macam kan? 

Aku sekarang teringin gila nak makan gulai lemak cili api. Versi Negeri Sembilan punya. Kat sini, bukan aku tak makan, makan. Masak santan diorang sebut. Tapi, tapi. Haish. Susah nak cakap. Tak se-feel yang mak aku selalu masak. Santan tak pekat. Tak pedas! Cair. Uh oh.  Tapi, apa-apa pun, thanks akak sebab masakkan, walaupun tak sampai piawai saya. Dapat jugak hilangkan kerinduan. *sepak muka limabelas kali sebab ngada-ngada* 

Disini, kau kena belajar lah makan cara diorang. Tak lain sangat pun. Sama je lebih kurang. Macam masak santan tu. Sup. ha. Sup diorang pun cair. Macam bening-bening. Tapi rasa dia. Pehh. Macam pelik, tapi sedap. Aku pun tak tahu nak describe macam mana. Sup dia tak adalah terangkat macam kau makan kat kedai Pak Dollah sana. Tapi sedap lah! Rasa dia. Hmm. Ha. Unik! Kalau nak tahu, kena lah try makan k.

Kalau kita kat semenanjung makan donut guna gula halus yg kisar tu. kat sini orang kaya sikit. Guna susu tepung. Sedap hoccay kalau makan panas-panas. Tapi kalau tak suka susu tepung, memang tak sedap la. Bagus betul orang kat sini. Taknak orang kena kencing manis kan. Hehe. Rasa lemak-lemak je. Me loike!

Tapi aku masih lagi belajar untuk telan nasik goreng kat sini. Aku tak tahu nak cakap. Mungkin diorang masak tak guna cili kali. Ntah. Macam tak ada rasa. Tapi letak kunyit. Tekak aku style makan nasik goreng cili padi. Style Melayu sangat kan. Memang susah lah nak telan kan. Uh oh. Kena belajar sikit cara makan ni.

Ha. Lupa nak cakap. Kalau kita sebut sambal, orang-orang sini sebut lada. Macam lawak kan. Lada. "Kau makan lada ke? Pedas tahu lada ni. " mula-mula janggal, sekarang aku otai. Tapi masih lagi tersasul sebut sambal jugak. *bajet urban sangat*

Sekarang aku teringin nak makan burger. Bukan McD ke, burger king ke, tapi burger jalanan. Kenapa? Sebab semenjak dua menjak ni aku rajin main game burger. *yela, orang tak ada letrik memalam. Main game jela kerjanya* sekarang terasa gila nak makan ni. Slurppp *kesat air liur* 








Wednesday, May 1, 2013

Kerja Hohoi

dah sebulan lebih aku kerja. hohoi. Tak sangka kan. Haha.

Duduk di negeri orang, baru kau tahu maksud peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. *dulu, aku selalu mempertikaikan. Siapa yang nak hujan batu kan. * Walaupun aku hanya bekerja di Sabah, bukan oversea, tapi masih over-the-sea kan. Sekarang, aku rasa memang besh lagi hujan batu tau. Tapi tak adalah sampai aku nak balik lagi. Aku masih lagi nak timba pengalaman kat sini.

Okay. Sekarang aku nak cerita pengalaman aku je. Sekolah aku di kawasan pedalaman. Pedalaman satu. Gravel dia. Peh. Peh. batu sungai kau! Sakit badan. Perjalanan dari pekan nak masuk je, adalah dalam 2/3 jam. Tengok kelajuan kau drive la ye. Tunang aku bawak 1jam 50 minit je.
ini jalan gravel yang dah cantik sikit. -.-'


Kemudahan? Cukup-cukup makan. Haha. Air kat sini guna air graviti. Tapi sekolah ada je air tangki. Kengkadang air laju. Kengkadang air tak ada. Nasib baik kat sekolah ada tangki kan. Air kecik. Oklah, dari tak ada. Aku belum lagi rasa mandi sungai. Elektrik? Kat sekolah aku guna solar. Seronok bukan? tapi jangan salah sangka. Solar tak di selenggara. Jadi, waktu siang/ada matahari je solar ada. Malam kami guna genset. Tapi, semenjak aku masuk, 2 minggu je yang ada minyak gensetnya. Memalam aku bergelap. Berteman satu lampu rechargeable cap China yang aku beli. Ok la. Dari tak ada kan. Kalau line telefon pulak, kat sini ada maxis je. tapi dah dua minggu lebih tiada line. Tak tahu kenapa. Mungkin, dia punya piring dah terbang kena tiup angin. Kehkeh. Tapi nasib baik ada wifi sekolah. Tapi kalau solar mati, mati jugaklah wifi dia. =_='

Aku di sini masih lagi mampu bertahan. Even weekend aku duduk sengsorang di kawasan sekolah ni. Yela, semua cikgu  keluar. Aku yang tak ada transport, tak ada rumah, duduk sekolah jela. Kalau keluar pun, tumpang cikgu. Segan memang segan. tapi dah kau tak mampu kan. Huhu. Tunggulah aku kaya dan belajar bawak manual dulu. Tak adalah aku sengsorang je lagi. uh oh.

macam-macam aku nak tulis. Nanti2lah. Bye

Tuesday, March 5, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah, aku dah selamat interview pada 26/2/2013. Pukul 5pagi aku dah gerak. Yela takut lambat. Aku paling awal sampai, tapi aku group last yg di iv. Pehhh -.-'

Setelah temuduga, aku berharap aku diterima kerja oleh 7e yang dah aku apply sabtu before aku iv tu. Sekali sampai sekarang tak dihubungi. Aku kecewa, dan sedih sebab masih lagi menganggur.

Benda bertambah sedih yang roomate aku, pija dah dapat interim. Tak ada rasa jeles, cuma aku sedih. Kenapa aku tak ada lagi? Pija dapat penilaian khas dan dapat interim. Malu masih menebal nak mintak duit je dari orang nak beli macam2. *aku dah dididik untuk beli je apa yang kau nak* -.-'

Tapi aku nak cakap je, yang setiap benda berlaku ada hikmahnya. Hari dengan mamai aku check portal KPM setelah ditelefon kawan aku, yang senarai untuk guru interim dah keluar. And guess what? Nama aku ada!! Seriusly! Aku excited gila sebab aku dapat kerja. Sampai gigil2. *aku mmg ada sejenis simpton dalam diri yang pelik. Darah gemuruh yang tinggi*


Aku seronok gila walaupun orang banyak bg respon negatif. Yela. Sabah kan. Sekarang ada penceroboh. Tapi aku yakin yang Allah tu ada. InsyaAllah. Selamat semuanya.

Kauorang doakan aku selamat semuanya, dan dipermudahkan.

Posted via DraftCraft app

Tuesday, February 19, 2013

Tak Semua Berlaku Ikut Kemahuan

Aku pada masa hujung-hujung belajar, sikit pun tak pernah fikir nak kerja. Kalau boleh, posting pun biarlah lambat-lambat sikit. Bila orang kecoh-kecoh nak fikir apa nak buat time tunggu posting/interview, aku buat bodoh. Kalau orang tanya apa nak buat, aku jawab;

-aku malas lah nak kerja. Nak duduk rumah je
-tak tahu nak buat apa. Lepak je kot. Hilangkan penat belajar dan rehat before kerja

Tapi sekarang, aku macam. Macam. Haish. Cepatlah kerja!

Nampak tak kat situ yang aku ni cakap tak serupa bikin? *sepak muka*

Dah 2bulan (kot) aku menganggur. Mula-mula seronok. Duduk. Tak buat apa. Goyang kaki. Makan. Tidur. Tu la rutin harian aku kat rumah. *kat asrama pun sama*. kau rasa nak jalan, kau jalan. Kau rasa bosan, kau keluar. Tapi... Tapi.... Tapi.. ITU SEMUA DULU! *serius*

Even orang kata "kau ada orang tanggung, okeylah. Boleh lah rehat. Kitorang kena kerja. Nak carik duit. Nak buat macam-macam." Aku macam. Err.errr. Okey! Semoga korang berjaya kerja dengan tekun! Tapi aku menyesal dengan keputusan aku. Huhu. Sila tampar mulut aku laju-laju.

Bila lelama sangat aku menganggur, aku macam ada sikit malu dalam hati nak mintak orang duit buat belanja. Memangla orang-orang yang nak menanggung aku tu kata tak payah kerja. Duduk rumah. Jenjalan. Rehat. Nanti emakayah/tunang/abang bagi duit. Tapi takkan asyik nak mintak je. Dedulu, masa belajar bolehlah guna reason sebab belajar kan? *isk.isk*

Emakayah confirm dah kena penuhi permintaan aku dr segi barang perhiasan, makan yang aku nak. Abang aku dah bayar duit kereta, kekadang internet. Tunang kekadang beli barang-barang mainan yang ntahape-hape aku nak sangat. Semua tu dah keluarkan modal. Takkan aku tanpa segan silu sedikit pun kan dalam hati nak mintak duit poket lagi walaupun mulut mintak macam tak malu. *blushing*

Aku harap aku lulus interview ni, dan posting terus. Tak sabar nak berjasa kat orang pulak.

Dan oh ye! Aku nak carik kerja lepas interview ni. Usaha dan bersemangat! Moga aku makin tidak gemuk!

Wish me the besh of luck. *sedih tengok poket kosong*

Posted via DraftCraft app

Saturday, January 12, 2013

Siri Orang Lidi: Sayalah yang Akak

Aku ada adik. Jarak umur kitaorang dalam 5hampir 6 tahun. Tapi dia lagi tinggi pada aku. Dan. Dan. Muka dia.. Agak. Agak. Matang kot.

*aku pun matang jugak. Tambah muka kerek dan bengis*

Ada sau hari tu kan.

Posted via DraftCraft app

Monday, January 7, 2013

Siri Orang Lidi: Gula-gula Basi

Aku sejak habis belajar, duk menganggur je dirumah. Orang tak bagi kerja kan. Selain membantu menjadi bibik dirumah, kerja aku ialah tengok tivi.

Pagi tadi, syok-syok aku tengah tengok tivi, melayan Asia's top model, anak buah aku dua orang, Aai dengan Ail bergaduh.

1st time woo aku dengar orang sebut gula-gula basi. Tapi kita sebut apa ek gula-gula lama tu?


Posted via DraftCraft app

Sunday, January 6, 2013

Siri Orang Lidi: Layankan

Pakwe aku sangat suka layankan aku je. Aku bila kekadang sengal, mula la merepek. Ada satu masa tu, bila aku telefon, macam saje nak merepek tanya ntah-apa-apa. Mula-mula macam blur, lelama da dapat tangkap, mula lah.

Sepuluh kali kau tanya bahasa alien, sepuluh kali jugak dia balas bahasa alien planet nameck. Grrr

Posted via DraftCraft app

Tuesday, January 1, 2013

Oh oh oh..

Oh.oh.ohh. Saya sudah meningkat sedikit dalam perhubungan. Nak dekat 8tahun, baru naik satu stage. Alhamdulillah.

So, here we go
I

Posted via DraftCraft app

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages