Friday, July 30, 2010

Suka FM. Sentiasa Menemani Anda


ha. mesti korang tak pernah dengar kan Suka FM. Suka FM ni orang-orang yang terpilih je apat dengar. frekuensi dia korang tak dapat cari la. ekslusif meh. mesti korang tertanya-tanya kan. apa kelebihan Suka FM ni kan. hahaha.

Ni, aku promote sikit petikan dari Suka FM. Bagi Feedback ye. nanti aku boleh bagitahu owner stesyen radio ni. okiesh. chow. enjoy it!



Tuesday, July 27, 2010

Nak Makan! Nak Makan! Nak Makan jugak!


Letak n3 lagi. Humangaih. Betapa aku gila
mencapap di dalam blog. Sume benda nak upload. Uh oh. 
tak kisah la kan. Blog aku. Sukati aku la kan nak update bapa banyak
kan. Kan. Kan.
Adoi.  Masih terasa kenyang, 
walaupun da lama lepas  berbuka puasa tadi. 
Tu lah, makan banyak sangat! Ada lagi kuih yang belum makan. 
Aish. Ini semua sebab mimpi pergi beli makanan, tu yang tak pasal-pasal 
semua nak beli. Kenyang sangat!

Even da kenyang pun, aku masih lagi teringin
nak makan cheese kek. Lama dah teringin. Dari
cuti sem bulan 6 dulu. Tapi masih belum
ada kesempatan nak makan. Kan sedap kalau dapat
makan sekarang. Disaat aku tengah nak sangat makan chhhhheeeesssssseeeee kek itu.
sedap betullll. nak. nak!

Nyummy! Dapat aku rasakan kenikmatannya.
Sedap2. Hehe. Tapi nak buat macam mana, puasa. Takkan 
nak beli untuk berbuka pulak. Kang da tak sedap rasanya.

Terus taknak makan lagi. Dah rugi nikmat dunia.
Kan. Kan. Cheese kek ni sedap makan on
the spot! Bayar, bukak kotak dan terus ngap! Nyummy! Hmm. 
(terfikir, ada ke orang nak belikan? Sebab
orang belanja lagi nikmat kek tu! Hahaha)

 Lagi satu, aku 
teringin pulak nak makan burger.
Tadi mimpi siap aku beli burger bagai. Uh oh.
sedap je kan cheese dia
sedap sangat tu! Walaupun makan tak 
mengeyangkan, malah menggemukkan, tapi aku masih
sukakan ia! I’m lovin’ it! Nyum. Nyum. 
Suka burger ramli. Kalau ada cheese, sedap jugak kan.
Burger cheese daging 1!

\

Aish, pesal la aku cerita pasal makan ni? 
Kempunan makan kah? Hahaha. Berharap dapat 
makan dua-dua ni  bila ada kesempatan dan rezeki lebih. 
Mesti gembira kan menikmatinya. Kan. Kan. Kan. Okie. Mahu memakan
kek kuih-kuih yang aku beli petang tadi. Badak berendam dan keria. 
Tunggu. Aku akan ngap korang. Hehe. 
Sow cin chi. bubbyyyyyeeee

Cerita Ciplak Dua Ribu

malu. nak cakap ni...


dua ribu lima
tiada yang menjangka
aku mahupun dia
tiada yang menduga
aku mahupun dia
entah bila aku bermula
entah bila dia bermula
aku dan dia bersemuka
sekali dua
menjemput mesra
lama-lama
ditemani gembira
setiap masa
bersama pusing dunia
cepat-cepat hati bertanya
hey
siapakah dia
takut tikus kaa..

dua ribu enam
rasa itu mula tertanam
tanpa dia aku bungkam
lantas
mula mengira detik jarum jam
mengenang kesah-kesah semalam
semasa aku dan dia tenggelam
dekat dia.
ditelan nikmat alam
dan setiap malam
rasa itu kian mendalam
bantal aku pun jadi masam..

dua ribu tujuh
itulah tahun tengkujuh
saat kapal mula berlabuh
hubungan aku dijadikan sauh
tatkala itu aku mengaduh
sakit menjalar ke seluruh tubuh
dan aku cuba dibunuh
maaf
rasa itu masih utuh
aku tetap memegang teguh
dialah jodoh
hoik
perasan doh..

dua ribu lapan
dia cuba menjadi lawan
aku cuba tidak melawan
adakah aku sudah ditawan
tidak
aku belajar menepis dugaan
aku belajar menahan cubaan
aku belajar dari kesilapan
biarpun aku tidak tampan
jahat seperti haiwan
namun telah aku simpan
kami lebih dari kawan
kamilah..
pemegang pedang setiawan!

dua ribu sembilan
kami
bersama melangkah sopan
di atas titi perjuangan
akhirnya.hehe
memandang ceria masa hadapan
tanpa menghirau halangan
pahit manis cabaran
sedia ditelan
lohh
macam puisi kemerdekaan..

dua ribu sepuluh
fuhh
hidung aku dah berpeluh
rindu dia yang jauh
uh..oh..uh....oh.....




Monday, July 26, 2010

Pakcik Makcik Otai.


Dah lama rasanya aku tak update blog. Ada rasa seminggu lebih.
Macam-macam yang terjadi sepanjang seminggu lebih ni. 
Diantaranya ialah program BIG yang berlangsung di Pusat Aktiviti 
Orang Tua, Sungai Rambai pada 23 Julai yang lepas. Beshh you!
Memang nampak macam tak glamer kan buat kat situ. Orang tua. 
Orang tua. Orang tua. Tapi kami bukan pergi melawat orang-orang tua yang sakit, 
kena tinggal oleh anak dsb. Kami pergi ke tempat orang-orang tua berkumpul, dan buat aktiviti
. Seronok sangat! Layan kepala pakcik2 duda dan makcik2 janda bercerita.
Merepek. Tambah2 lagi bab kahwin. Hehe. Diorang happy. Seronok. Kami pun jadi seronok sama. Kalau pergi pusat kebajikan orang tua, mesti kami tak seseronok macam tu. Yela. Orang macam tu, percakapan kena jaga. Tingkahlaku dan macam2 lagi. Tapi orang2 tua ni tak. 
Mereka menjalani kehidupan biasa, Cuma mereka dibawah bantuan JKM je. 
Mereka juga ada anak. Cuma ramai yang tak ada pasangan hidup je. 
Kebanyakan dah pergi menyahut seruan Illahi. Innalillah.

Masa program ni, paling yang banyak cakap, 
ada seorang pakcik ni. Aku pun suka layan kepala dia. Pakcik Duan. Pakcik ni bekas imam.
Gila ah! tergamam dan kagum aku apabila dia bagi tazkirah. masih power!
Even umur dia dah 86tahun, tapi dia masih nampak bertenaga. Takda
macam orang muda tenaga dia, tapi masih gagah la orang cakap. 
Dia ni penghidup suasana. Gamat jadi suasana masa tu. Macam2 dia nak komen.
Ada je nak bantah bila game tuh. Tapi masalahnya, bantah2, tak menang pulak tu. 
Adik dia yang macam senyap je tu, yang menang no.1. senyap
je adik dia. Berbeza. Memang berbeza. Kalau nak dibandingkan dengan 
adik beradik aku. Aish. Jauh betul beza. Semua banyak cakap. Hehe.

So, aku tempekkan sikit gambar pakcik2, makcik2 semasa menyertai aktiviti kitorang ni. Wallaweh. 

pakcik duan


 
aktiviti suai kenal



 
dan aku yang sedang menunjuk cara anyam ketupat dekat mentor aku. hehe


 game2





Friday, July 23, 2010

Friday, July 16, 2010

16 Julai.


16 Julai 2010. Genap sudah 3 tahun aku bermastautin di Melaka. 
Sedar tak sedar, dah tiga tahun dah aku menghabiskan usia
remaja ku disini. Tadi dekat kelas, dah sambut dah.

Yela. 3rd anniversary kan.
Tarikh persahabatan mungkin. Even tarikh ni, tak ada pun 
seorang pun daripada kelas aku yang jadi kawan aku. Yela. Kawan aku sorang
je mula tarikh ni, iaiu roomate aku Nur Hafizah Adnan @ Pija. 
Tapi takpe, aku tetap nak anggap tarikh ini aku jadi kawan semua
classmate aku. Yela. Tarikh start jadi kawan ipah, nanie, teha, tikah, 
jue, ned dan semualah! Hehe. Macam-macam dah lalui, dari tak kenal, jadi
rapat, renggang, boikot, mesra, kutuk, puji, kena marah, kantoi fly malam dan 
sebagainya. Haish. Banyakkan kenangan. Bila flashback balik, nak gelak pun ada. 
Macam-macam ragam. Kerenah masing-masing kan. Macam gaduh dengan Rafi, masa tu 
sakit hati sangat. Tapi sekarang, dah tak dah. Benda tu jadi bahan lawak. Haha. Dalam masa
tiga tahun ni jugak, aku paling tak boleh lupa, apabila renggangnya hubungan aku dengan 
seorang sahabat rakan yang paling rapat dengan aku. Namun, aku
bersyukur, dia berubah ke arah kebaikan. Meninggalkan aku jauh yang masih hanyut
dan leka dengan keindahan dunia. Tapi so far, Alhamdulillah, kitorang dah okie. Dah
berbaik, even tak serapat macam dulu lagi kan. Just berharap ada sinar dan masa
untuk aku mengikuti jejak langkah dia. InsyaAllah.



Okies, back to the topic. Ha. Aku rasa bersalah sangat 
dengan Pija sebab tak outing, pergi makan Pizza hari ni. Aku 
terlampau suka sambut dengan classmates sampai terlupa janji
dengan rakan aku sorang ni. Im really-really sorry Pija. Tapi pape pun, 
aku berharap dia tak kecil hati dengan celebration yang kecik je kat bilik,
tapi masih makan Pizza okie. Cuma tak sesedap  suasanalah macam dekat
Pizza sana. Then, kami bertukar-tukar  hadiah. Aku just bagi dia coklat Cadbury je. 


Yela. Dia kan suka makan Cadbury, and aku dapat mug BARU daripaada dia. 


Comel sangat. Harap tak pecah lagi. (aku bukan jenis pandai jaga barang) hahaha.

Wednesday, July 14, 2010

Padan Muka Aku!

Berpinar-pinar mata aku ngadap lappy ni 
dari tadi. 

Uh oh. ni semua sebab nak blaja edit pic 
balik using photoshop. Aish. Dah lama aku tak edit2 pic,
dah tau dah function dia camne. ditambahkan lagi dengan buta 
ketidakcelikan IT melanda. Susah2. Pening kepala. Uh oh.
nasib baik ada pakcik youtube mengajar aku cara-cara nak edit.
Hanya dapat tangkap sikit2. Poning mak oi! 
Tak tahan. Bertahan. 


Dan berusaha, agar aku berjaya.
Cewwah.

Tuesday, July 13, 2010

Bersyukur ke hadrat Ilahi. Thanks God!


Dah lama tak upade-ing blog rasanya. 
Uh oh. Mungkin masalah buat aku takda
jiwa nak nak ngadap lappy. 

Alhamdulillah.
Akhirnya selesai. Itulah.
Tak ada bukti kukuh, jadi tergantung kan. 
Mungkin ini ada  hikmah semuanya. 
buat aku jadi matang pandai berfikir mungkin. 
Before buat sumething, kita kena fikir 250 kali kan. 
Benda ni semua jadi pengajaran pada aku. 
Thanks God! Sekarang ni, no more facebook-ing.


Face-the-book lagi bagus mungkin. Mungkinkah akan terjadi? 
Hahaha. No need aa. Just kembali
pada yang asal.Yang konservetif. 
Yang tidak terlalu taksub pada ICT. Remember! Aku buta IT
and tak suka sangat pasal2 IT ini. Tidak perlu 
menjadi orang yang terlalu maju
kalau membinasakan diri sendiri kan. Uh oh. 
So, here i come! More hang-ing-out than
menghadap-ing lappy. Kan. Kan. So,


pipah, pija and nanie. Meh sama meh hang-ing-out. 

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages