16 Julai 2010. Genap sudah 3 tahun aku bermastautin di Melaka.
Sedar tak sedar, dah tiga tahun dah aku menghabiskan usia
remaja ku disini. Tadi dekat kelas, dah sambut dah.
Yela. 3rd anniversary kan.
Tarikh persahabatan mungkin. Even tarikh ni, tak ada pun
seorang pun daripada kelas aku yang jadi kawan aku. Yela. Kawan aku sorang
je mula tarikh ni, iaiu roomate aku Nur Hafizah Adnan @ Pija.
Tapi takpe, aku tetap nak anggap tarikh ini aku jadi kawan semua
classmate aku. Yela. Tarikh start jadi kawan ipah, nanie, teha, tikah,
jue, ned dan semualah! Hehe. Macam-macam dah lalui, dari tak kenal, jadi
rapat, renggang, boikot, mesra, kutuk, puji, kena marah, kantoi fly malam dan
sebagainya. Haish. Banyakkan kenangan. Bila flashback balik, nak gelak pun ada.
Macam-macam ragam. Kerenah masing-masing kan. Macam gaduh dengan Rafi, masa tu
sakit hati sangat. Tapi sekarang, dah tak dah. Benda tu jadi bahan lawak. Haha. Dalam masa
tiga tahun ni jugak, aku paling tak boleh lupa, apabila renggangnya hubungan aku dengan
seorang sahabat rakan yang paling rapat dengan aku. Namun, aku
bersyukur, dia berubah ke arah kebaikan. Meninggalkan aku jauh yang masih hanyut
dan leka dengan keindahan dunia. Tapi so far, Alhamdulillah, kitorang dah okie. Dah
berbaik, even tak serapat macam dulu lagi kan. Just berharap ada sinar dan masa
untuk aku mengikuti jejak langkah dia. InsyaAllah.
Okies, back to the topic. Ha. Aku rasa bersalah sangat
dengan Pija sebab tak outing, pergi makan Pizza hari ni. Aku
terlampau suka sambut dengan classmates sampai terlupa janji
dengan rakan aku sorang ni. Im really-really sorry Pija. Tapi pape pun,
aku berharap dia tak kecil hati dengan celebration yang kecik je kat bilik,
tapi masih makan Pizza okie. Cuma tak sesedap suasanalah macam dekat
Pizza sana. Then, kami bertukar-tukar hadiah. Aku just bagi dia coklat Cadbury je.
Yela. Dia kan suka makan Cadbury, and aku dapat mug BARU daripaada dia.
Comel sangat. Harap tak pecah lagi. (aku bukan jenis pandai jaga barang) hahaha.
No comments:
Post a Comment