Sunday, October 30, 2011

Siri Orang Lidi: Sakit Kepala






Anda yang sakit kepala, cubalah. InsyaAllah berjaya. Kurangkan makan panadol ye.
Selain tu, boleh rendam kaki kat air sejuk (tak silap) jugak.

P/S: Suka Encik Beliau bacakan doa dan  cakap perkataan Bahasa Arab. Suka jugak dengar mengaji. Macam dengan Encik Ustadz pulak

Wednesday, October 26, 2011

Siri Orang Lidi: Hutang







Sabda Rasulullah SAW

[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang].
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W :

[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya].

Abu Said R.a berkata :

"Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak.
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya.
(sumber: Ini )

P/S: aku ada hutang sesiapa tak? Kalau ada, meh la tuntut sekarang. Rasanya masih mampu nak bayar sebab tak hutang sampai beriban kan. Aku bukan taknak bayar, mungkin aku lupa. Taknaklah pahala akubyang seciput ni nak bagi dekat orang. *sobs. Sobs. Karang tinggal dosa aje.
Kalau yang hutang budi tu, aku bawa mati je okie.

Kepada pemiutang emak dan ayah aku, nanti aku dah kerja, bolehlah tuntut dekat aku okie. InsyaAllah aku akan bayar.

Pesanan aku: jangan bunuh diri sebab cinta. Itu bodoh namanya!

Wednesday, October 12, 2011

Siri Orang Lidi: Duit







---------------------------------------------------------------------------------------------

buku conteng conteng orang lidi wa hilang. wa sedih sehingga terpaksa menebang beberapa batang pokok lain untuk menconteng. buku. mana kau buku?
siapa jumpa buku wa, boleh msg wa, dan dengan sepantas kilat wa akan datang kat lu orang. tapi sebelum tu pastikan buku tu sah la buku wa ek.
jumpa contact wa kat no 0137. eh. yang jumpa mesti kenal wa. dah ada nombor tepon punya.

Tuesday, October 11, 2011

Siri Orang Lidi: Bodek










P/s: terima kasih mak sebab belanja pizza. Sayang mak sangat sangat. *ahh kau Masz, mak belanja barulah nak cakap sayang. =__='

Monday, October 10, 2011

Siri Orang Lidi: Botak

Aku ada kereta. Abang aku bagi bila aku pass JPJ test. Bukan kereta baru. Kereta 2nd dan dah lama.


Pada suatu hari,




Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages