Thursday, February 10, 2011

Alhamdulillah. Semua Berjalan Dengan Lancar


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 
Dah sampai dengan selamat beliau kat Nabawan, Sabah.
Mungkin dah sampai SK. Simatuoh agaknya.
Line telefon takde. Jadi tak dapat infom.

Aish.
Sedih bukan.
Aku masih lagi bersedih.
Tapi takpe. Atleast aku tak risau sangat.
Dia hanya dapat pedalaman 2 yang masih menggunakan jalan darat sebagai jalan utama. What a relief! Pfft.

Okie.
Tak perlu sedih. Percaya pada jodoh.
Cari hobi baru~
Meh sama-sama kite ber-doodle.

P/S: aku mahu kahwin. Aku tidak tipu.
Okie. Bye. chow


Tuesday, February 8, 2011

Sedih.


Assalamualaikum.
Lama aku tak update blog. tak tau nak cerita apa.
Macam-macam jadi. Dari Epul masuk keluar wad, sampailah GETO kena pergi Sabah.

Sedih.
Aku tak tipu. Kenapa aku sedih.
Sedih sebab Geto kena pergi Sabah. Hilang separuh jiwa aku.
Macam jiwang kan. Entahlah. Aku bukan jiwang. Tapi aku cakap apa yang aku rasa.
Dah nak 6 tahun kitorang bersama. Dia selalu ada dengan aku.
Even dia bukan dekat sisi aku sentiasa. Dia tempat aku mengadu.
Bila aku ada masalah. Bila aku sakit. Bila aku malas buat kerja, tak sempat.
Dia yang tolong aku. Dia bagi semangat kat aku. Untuk everything.

Sedih gila
Bila aku tak dapat hantar dia pergi. Entahlah.
Aku ada pilihan, tapi keadaan lebih mengatakan tak payah.
Teruk bukan. Tapi aku lagi rasa teruk. tak tipu. Aku rasa macam tak nak bagi dia pergi je.
 Tak payahlah pergi wak. Aku rela je kamu mengajar sini.
Duit tak banyak pun, takpe. Asalkan kamu dekat dengan aku.

Sedih gila-gila.
Nanti aku nak ngadu kat siapa, kalau aku sakit gigi?
Nak ngadu kat siapa bila sakit perut?
Pening kepala? Sakit dada?
Siapa nak temankan aku bila aku duduk sorang-sorang?
Siapa nak tolong tutupkan mulut aku bila aku menguap?
Siapa nak tolong aku buat assignment, kerja2?
Siapa nak pinjamkan bahu bila aku rasa down, nak menangis?
Siapa nak puji aku, bila aku dapat papa yang bagus?
Siapa nak hargai doodle2 aku, even tak lawa dan comot.
Siapa nak bagi aku semangat, kata-kata nasihat bila aku down, buat salah?
Siapa yang boleh tahan perangai aku lagi?

Janganlah pergi. Aku merayu.

Wednesday, January 12, 2011

Musim Limau Dah Kembali Weh!!


assalamualaikum semua.

tengah buat apa tu? aku harap buat benda yang berfaedah okie. haha
gila skema kan. aku bukan budak skema! aku hanya mencuba untuk
membudayakan skema dalam kehidupan aku. budaya yang boleh diterima kan.
ha ko! semangat EDU telah meresap ke dalam jiwa aku, hingga aku melalut, lalu
lupa apa yang aku nak tulis. haha.

okie. back to the topic. ececeh. speaking you! yela. MUET da tak payah ambik.
damn! seriously. aku betul-betul-betul gembira. aku tak suka MUET. dan aku
jugak tak suka belajar BI. adoi. dah-dah. aku nak cite pasal limau ni.

Macam biasa. Tahun Baru Cina kan dah dekat.
damn! gila rajin aku. haha
Aku dengan perasan nak jadi orang Cina
yang telah memonopoli ekonomi negara ni, pun beria beli limau. Aishh..
aku ke yang beli? Salah-salah. Aku mintak je. Abang
aku setengah Melayu, setengah Cina tu yang belikan
untuk aku. Hari-hari mak makan limau. Muak you!! Tapi takpe.
aku ada dua orang kawan gila yang akan makan limau-limau
tu. Pipah senget dengan Naniey gemuk. Sabar ye.
Aku tau korang suka makan limau. Aku bagila korang makan kan. Haha.

Tapi kan, bila limau dah terlalu banyak, aku cam tak hargai pulak limau tu.
Mentor aku bagi limau sorang sebiji, then aku dengan rajinnya,
telah menconteng limau tu. Biar cantik sikit.
Oii, mak aku marah la conteng-conteng makanan.
Makanan untuk dimakan okie.
inilah hasil eh. buruk betul.


Okie-okie. Balik topik balik. Pastu limau
cantik hodoh tu telah aku serahkan kepada Apipah. Macam Top Model. Tema pretty/ugly, tapi limau ni tak dapat ambik shot yang baik. Jadi hodoh cantik. Confirm kena eliminated ni. haha. Okie Apipah.
Jaga okie limau tu. Jangan makan! Amanah ni!



Okie. Chow. Mahu mandi. Gudddddbyyyeeee!


Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages