Thursday, June 3, 2010

Zaman Remaja yang Musnah


Semua orang nak cipta kenangan
terindah masa zaman remaja dia kan. Yela.
nanti dah kerja, tak sempat nak buat itu ini.
Tapi. Aku??? Aish. Terasa habis dah zaman remaja
aku duduk kat sini. Tak bebas untuk buat apa saja!
Aku bukan nak bersosial pergi club ke. Ape ke.
just nak bersosial cara sihat. Pakai baju ikot trend.
Pegi hangout dengan kawan-kawan
sampai malam (takdelah sampai tengah malam). Nak happy-happy.
Tapi semua tak boleh. Nak keluar malam terpaksa
overnight. Baju nak ikut trend?
Kirim salamlah....sebab tu asyik kena cop budak sekolah bila
pergi mana-mana mall. Hey! Kami dah 21 tahun tau!
Privacy tak ada langsung! Cuci gambar letak dalam album,
album kena curi. (album pun nak curi!) nak letak dalam Facebook,
Facebook pun diselongkarnya. Ni gambar-gambar dalam lappy ni,
tinggal masa agaknya nak kena check. Aish.
Tak tau siapa yang mereport semua ini kat pihak
tertentu dan mengapa dia perlu buat begitu? Aku ada susahkan dia ke?
Tak puas hati dengan aku? Aku tak tahulah! Sebabkan orang-orang camni,
Buat aku tak percaya dekat siapa-siapa lagi dah.
Betul kata Pija. Trust No One! Sebab orang-orang yang
Sibuk ni jugak aku terpaksa remove kawan-kawan aku
dekat Facebook. Aku bukan add or approve yang aku tak kenal
pun. Aku just add or approve yang aku kenal,
dan bercakap. Maknanya kawan-kawan aku. Sekarang?
Entahlah. Susah dah nak percaya orang. Siapalah yang nak
sangat membantu menghancurkn hidup aku ni? Cukuplah
aku dah tertekan nak hidup kat tempat ni. Jangan lah tambah
ketekanan aku lagi. Janganlah suruh aku buat benda-benda diluar
kawalan aku lagi, tanpa fikir apa akan terjadi kat masa depan aku.
Effect kat kawan-kawan aku. Bagilah aku jadi diri aku dekat luar. Please!
Please! Please! 
I’m begging u.
 

Kepada kawan-kawan aku:
Sorry terpaksa remove korang. Kita tak tahu kan
siapa musuh dalam selimut. Sorry jugak susahkan korang
untuk pergi ke Jabatan tu berkali-kali. Sebab gambar dalam album,
semakin besar kan. Sorry sangat2. Semoga benda yang
berlaku ini kita nampak hikmahnya.

harap kita tetap berkawan untuk selamanya

4 comments:

Anonymous said...

santai jer ko nyer blog...=)

Masz Mukhtar said...

toche lai.:e

Anonymous said...

yang depan tu ape?pasu bunge???

Masz Mukhtar said...

mana datang pasu bunga. sampahla. hehe

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages