Tuesday, February 19, 2013

Tak Semua Berlaku Ikut Kemahuan

Aku pada masa hujung-hujung belajar, sikit pun tak pernah fikir nak kerja. Kalau boleh, posting pun biarlah lambat-lambat sikit. Bila orang kecoh-kecoh nak fikir apa nak buat time tunggu posting/interview, aku buat bodoh. Kalau orang tanya apa nak buat, aku jawab;

-aku malas lah nak kerja. Nak duduk rumah je
-tak tahu nak buat apa. Lepak je kot. Hilangkan penat belajar dan rehat before kerja

Tapi sekarang, aku macam. Macam. Haish. Cepatlah kerja!

Nampak tak kat situ yang aku ni cakap tak serupa bikin? *sepak muka*

Dah 2bulan (kot) aku menganggur. Mula-mula seronok. Duduk. Tak buat apa. Goyang kaki. Makan. Tidur. Tu la rutin harian aku kat rumah. *kat asrama pun sama*. kau rasa nak jalan, kau jalan. Kau rasa bosan, kau keluar. Tapi... Tapi.... Tapi.. ITU SEMUA DULU! *serius*

Even orang kata "kau ada orang tanggung, okeylah. Boleh lah rehat. Kitorang kena kerja. Nak carik duit. Nak buat macam-macam." Aku macam. Err.errr. Okey! Semoga korang berjaya kerja dengan tekun! Tapi aku menyesal dengan keputusan aku. Huhu. Sila tampar mulut aku laju-laju.

Bila lelama sangat aku menganggur, aku macam ada sikit malu dalam hati nak mintak orang duit buat belanja. Memangla orang-orang yang nak menanggung aku tu kata tak payah kerja. Duduk rumah. Jenjalan. Rehat. Nanti emakayah/tunang/abang bagi duit. Tapi takkan asyik nak mintak je. Dedulu, masa belajar bolehlah guna reason sebab belajar kan? *isk.isk*

Emakayah confirm dah kena penuhi permintaan aku dr segi barang perhiasan, makan yang aku nak. Abang aku dah bayar duit kereta, kekadang internet. Tunang kekadang beli barang-barang mainan yang ntahape-hape aku nak sangat. Semua tu dah keluarkan modal. Takkan aku tanpa segan silu sedikit pun kan dalam hati nak mintak duit poket lagi walaupun mulut mintak macam tak malu. *blushing*

Aku harap aku lulus interview ni, dan posting terus. Tak sabar nak berjasa kat orang pulak.

Dan oh ye! Aku nak carik kerja lepas interview ni. Usaha dan bersemangat! Moga aku makin tidak gemuk!

Wish me the besh of luck. *sedih tengok poket kosong*

Posted via DraftCraft app

2 comments:

Unknown said...

aku pon

mekasih sbb punya rasa y sme T.T

Pija said...

tu laaaa. lempang laju laju.

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages