Wednesday, November 9, 2011

Hari yang Penuh Dengan Ucapan

Assalamualaikum dan hello.

Alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak charger aku. Akibat tertinggal, handset aku tak bernyawa selama dua hari. Itulah! Siapa suruh tak charge sebelum balik. Uh oh. * sedih



Terima kasih kepada adik dan abang (Ienot dan Angah) sebab sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit *macamla buat pengorbanan besar* untuk poskan charger ini. Terima kasih. Terima kasih!

Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Posmen sebab meng-delivery-kan charger itu ke rumah. Terima kasih banyak-banyak.

Ucapan terima kasih pada kakak (Kak Yam) sebab ambilkan charger bagi pihak aku sewaktu aku masih lagi terlentang tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.12pagi. *teruk*

Tidak dilupakan pada yang baik hati, Puan Emak kerana memberi pinjam handset selama dua hari. Jangan risau Puan, saya hanya menggunakan kredit Puan tak sampai RM 2 rasanya.

Buat yang tersayang, Encik Beliau, terima kasih kerana sanggup ber-skype-ing dgn saya berterusan selama dua hari ini ekoran itu sahaja alat komunikasi kita. Terima kasih kerana sanggup bersusah payah mencari line sehingga diluar rumah, lalu menjadikan anda umpama penumpang di rumah sewa sendiri. Terima kasih!

Kepada rakan-rakan yang texted saya, tapi tidak dibalas atau failed, maaflah! Saya tiada niat untuk tidak balas messages tersebut. Namun itu semua suratan, saya tidak boleh buat apa! Maaf diucapkan.

Buat peminat semua, tanpa anda tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini. Terima kasih!

P/s: rasa macam menang MTV award pulak. Hoho

--------------ucapan lagi----------
Selamat Hari Jadi buat abang saya yang banyak membantu menyenangkan hidup; Kamaroszaman bin Hj. Ramli yang ke 40. Tanpa anda siapalah Iskandar disamping saya. Haha

Buat Mikail, anak buah lelaki yang pertama tapi ada rupa macam Sin Chan sikit *aku yang rasa* walaupun rambut sedikit kerinting rambut, happy 1st birthday sayang! Lagi 20tahun, baru boleh masuk club ye. Hoho

1 comment:

Unknown said...

terima kasih baru igt nk nls mesej aku

patutla sume org msj ko xbls
sia2 je

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages