Monday, June 27, 2011

Rentasan Benua Telah Aku Rentasi, Akhirnya Kat Apek Tu Juga Ku Jumpai.

Assalamualaikum dan Hello untuk semua.


Ipad 2. Kenapa kau cepat habis?


Ha. Tajuk aku nak gah kan. boleh buka kelas tuisyen dah ni. Macam nak ajar BM!  uh oh. Ini semua sebab ipad 2! Gila penat gaban aku merentasi Melaka-KL. Tapi apa pun tak dapat. Seriously aku kecewa. Aku rasa aku dah boleh terbitkan cerita, Tiga Hari Mencari Ipad.


Hari Sabtu, aku pergi cari dekat Melaka. Before tu aku dah survey dekat internet, mana Apple Store kat Melaka ni. Yela. Kononnya nak jimat masa. Dah tau kat mana kan. Sekali tak ada stok dah. Aku ingat masih melambak. Yela. Dah lama keluar kot Ipad 2 tu. Takkanlah dah habis.

Kekecewaan lebih nampak bila kita tak dapat apa yang diharapkan

Hari Ahad. Hasil perbincangan secara mendadak antara aku dan kawan-kawan, kami bersetuju nak cari dekat KL. Bak kata classmate aku, kat KL mesti ada punya. Aku dengan semangat penuh berkobar-kobar, pergilah. Happy gila! siapa tak happy kalau nak dapat Ipad, tanpa menggunakan duit kau sendiri. Cuma perlu usaha sahaja. Uh oh. Pagi-pagi lagi dah bertolak. tengok! Tak ke semangat gila aku! Tula. Orang kata. Kita jangan terlalu happy, nanti sedih. Tu orang cakaplah. Bukan aku yang cakap. Kesudahan pencarian memang menyedihkan. dengan tak ada stoknya dekat Apple2 store di Lowyat, Times Square, Pavi, Lot 10. aku nekad nak beli di kedai-kedai di dalam Lowyat, Walaupun mahal sampai kau rasa tak masuk akal! Yela. Siapa nak balik tangan kosong. Jauh-jauh. Boleh pulak kad bank aku kena telan di saat aku mahu keluarkan lagi duit. Sedih. Nak menangis jugak aku rasanya disitu. Tapi  mungkin ada hikmah. Tuhan taknak aku membeli benda yang tak berkualiti dengan menggunakan duit hasil titik peluh beliau serta kesabaran akan gaji yang tertunggak selama 5bulan tu. Yela. Mana tau aku kena tipu. AP ke. Apa ke. Tabah. Aku pulang dengan hati yang duka. Sampai termimpi-mimpi kau!

fuhhh! setel.

Hari Isnin. Yes. Kad bank baru dah buat. pergi Mac Studio, Hatten Square, Melaka, dan order Ipad 2 dekat orang tu. Putih. 32gb. Lambat pun lambatla. Asalkan aku yakin ia ori. Tulah, Mak dah kata. Bersabarlah. Kan Sabar itu sebahagian daripada iman.

p/s: Aku tak tahu pun pasal Ipad 2 sebenarnya. Aku hanya beli sebab aku nak ada benda tu. mungkin nanti dah beli, dah lama guna, baru tau macam-macam pasal ipad tu kan. hehe.

eh. Kalau Ipad 2 Wi Fi+ 3G, tapi kawasan kita duduk tu tak ada 3G. boleh surf internet ke tak ek? musykil aku.







+++++++++++++++Tulis Lagi++++++++++++++++++
aku semakin gila membaca komik. Dan akibatnya, aku rasa vocabulary aku semakin teruk. aku nak cakap something tu, tapi tak tahu nak guna perkataan apa. Damn! Macam mana ni. Adoyai. Ohh ye. Aku dah pandai main keyboard sekarang. Tapi lagu Jala-jala Ikan jela. Okiela daripada takde kan. hehe

1 comment:

Unknown said...

bertahun br ade post

bile ko post ni

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages