Assalamualaikum.
Lama aku tak update. Aku bukan jenis rajin menaip.
Okie. Tak ada benda sangat aku nak tulis. Just nak tulis apa yang aku terfikirkan.
Kenapa orang selalu addict dengan alam maya? Eh. Alam maya ek nama dia?
Pelik bukan. Cth macam blogging. YM, facebook-ing.
Adoyai.
Siapa-siapa yang addict, boleh bagitau aku sebab kenapa korang lebih suka berada dekat depan PC/ lappy korang berjam-jam semata-mata? Yela. Mula-mula kawan-kawan, merepek-merepek, pas tu teman-teman, pastu jatuh sayang dan sebagainya lah!
Bagi aku banyak keburukannya. Contoh:
1. 1. Tak kenal siapa orang yang korang berhubung sentiasa tu. Buatnya orang tu perompak ke, penipu ke, jobless ke. Korang pun senang2 fall in love kan.
2. 2. Semua orang tau apa yang korang rasa/ buat. Yelah. Kalau blogging, setiap 20 minit sekali ko nak update entry ko. Tak ke orang tau? Cam FB, ko asyik nak update status ko aje. Sampai benda kecil pun nak tulis. Tak macam f**k pulak kan. Buat penuh home/ dashboard je.
3. 3. Korang perasan tak, bila korang terlalu percaya dengan alam maya, kita addict sangat, korang sampai tak sedar dengan persekitaran kita. I mean, yg realiti berkaitan orang berhampiran korang. Korang leka, sampai kadang-kadang roomate sakit ke, lapar ke, sampai tak perasan (ni utk yang duduk asrama la). Kadang-kadang boleh kita berapa patah perkataan yang korang borakkan dalam bilik kan. Yela. Masing-masing asyik mengadap PC/lappy je. Kalau aku, entahla. Mungkin sebab aku banyak cakap, jadi aku WAJIB bercakap dengan words yang banyak dengan roomate aku. Kan PIJA kan? Hahaha
4.
4. Orang yang addict dalam alam maya ni, orang ni selalunya dia punya self esteem rendah. Yeke? Itu aku rasa lah. Mungkin bagi mana-mana rasa diri mereka tak handsome, tak cantik, bila dekat alam maya, dia rasa berkeyakinan. Dialah yang paling cantik. Paling handsome. Edit pic mana-mana yang kurang bagi dia, lepas tu buat header besar-besar gedabak. Lepas tu orang puji-puji. Orang bercakap. “Oh.. Si Polan bt Si Polan tu lawa kan. Nak ikut la style cam dia”. “Eh, si Polan bin si polan tu handsome. Suka la.” Siapa tak suka bila kena puji. Jangan tipu! Aku pun suka kena puji. Kan korang yang addicted dengan alam maya ni jadi dihargai kan!
Banyak lagi aku rasa keburukan. Semua benda ada pro and kontra kan. Aku bukan tulis sebab aku jelesh. Sumpah, aku tak jelesh sikit bila korang punya friends sampai berpuluh ribu. Follower beriban-riban. Tapi buat apa. Kalau setakat kat alam maya tu aja.
Cuba aku tanya la kan.
Misalnya korang sakit, korang yang macam kategori no 3 tu. Siapa yang akan bantu korang? Orang yang dekat persekitaran korang yang korang acuh tak acuh sangat ke, or rakan-rakan alam maya yang korang rasa dialah rakan sehidup semati. Habaq sat mai!
Okie, benda ni pandangan aku aja. Buat apa nak terlalu taksub dengan benda ni kan. Tak banyak faedahnya. Baik korang sedar sikit dengan alam realiti, dekat sekeliling korang ni. Ni lah nanti yang bantu korang bila korang susah.
Sekian.
Charlo betey
No comments:
Post a Comment