Sunday, October 10, 2010

Berikan Aku Masa


Aku tak suka dengan diri aku sekarang. Perasaan aku. Benda ni buat aku jadi rimas dengan diri sendiri. Kenapa aku perlu jadi orang yang kisah? Kenapa aku perlu jadi orang yang sensitif? Adakah sebab persekitaran atau keturunan. Wallahualam.

Hmm. Susah kan bila kita rasa kisah semua. Bila masing-masing cuba menunjukkan sifat dan sikap sebenar, dan tiba-tiba kita menjadi seorang yang begitu kisah..kenapa. dan mengapa? Adakah sebab aku terlalu memikirkannya? Atau hanya khayalan semata.
Dulu aku tak macam ini. Aku biasa. Semua benda biasa bagi aku. Tapi sekarang. Aku asyik memikirkannya. Aku rasa terbeban. Tertekan. Kenapa mesti aku? Kenapa mesti aku yang jadi sensitif? Kenapa. kenapa.

Maaf. Aku bukan insan yang sempurna. Bukan seperti Malaikat. Yang sentiasa melakukan kebaikan, tanpa sedikit pun niat untuk melakukan kejahatan. Aku hanya manusia yang hina. Lemah. Terlalu akur pada hati dan nafsu, hingga aku terlupa bahawa di atas sana ada Dia. Ya Allah. Betapa hinanya aku. Bila aku melakukan sesuatu perkara tanpa rasa keikhlasanku. Dan penuh dengan keraguan.

Aku mencuba untuk menjadi sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ni. Aku cuba tidak terlalu bergantung kepada sesiapa. Aku cuba hidup sendirian. Kerana aku tahu, tidak setiap masa semua boleh menemankan aku bila aku kesunyian.

Aku cuba untuk tidak menjadi terlalu cerewet. Aku cuba tidak menyusahkan sesiapa. Aku cuba tidak mengecilkan hati sesiapa. Aku cuba untuk berfikir sebelum mengeluarkannya. Tapi aku tidak mampu untuk melakukannya. kerana aku memang biasa dengan diri aku yang pentingkan kesempurnaan. Bagilah aku masa agar keadaan menjadi baik seperti sedia kala.

Aku juga manusia. Punya perasaan yang sama. Macam mereka semua. Tapi mungkin cara aku membuatkan mereka menjarakkan diri mereka. Agar mereka tidak lagi rasa terhina. Dengan tingkahlaku dan kelancangan mulut aku bila melontarkan suara.

Aku cuba menjadi seperti biasa.
Tapi hati aku tidak membenarkannya.
Adakah aku hanya mementingkan diri semata-mata.
Biarlah masa menentukan semuanya.

 Mood: sedih sangat bila semua taknak makan makanan yang aku bawa. Takpela. Mungkin ini kali terakhir aku bawa makanan ke asrama pada semester ini. Buat apa susahkan mak aku masak pagi-pagi kan, bila takde sape yang sudi.

PS: untuk Ipah dan Nanie. Aku mintak maap kalau aku ada buat korang kecik ati atau apa jela. Aku tak sengaja. Mungkin aku tak sedar semua tu. Sorri. Jangan tegur aku kalau sebab benda ni. Bia benda ni heal by masa. Mungkin aku je yang sensitif  sangat2. Jangan tunjuk rasa simpati atau salahkan diri. Biar aku cuba untuk berdikari. Kerana aku tahu, kita tak mungkin bersama selamanya macam ni. Cukuplah aku kehilangan Ainin sebagai teman rapat aku dulu sebab keegoan aku.

Ibal: sorry buat kamu tersekse dengan aku. Dengar macam2 ngomelan aku. Aku sayang kamu sangat2. Sampai bila2. Kamu salah satu pemberi semangat dalam hidup aku. Thanx wak.

Pija: ko rumate aku. Dan mungkin kawan yang paling aku rapat. Sentiasa sokong aku dan tidak kisah dengan semua. Berharap aku jadi macam ko. Biarkan semua tu bagai angin yang terbang. Sekejap menyapa, dan ia akan berlalu pergi.

5 comments:

Unknown said...

bukan taknk makan..tapi gaye ko tu buat aku ase ko tak nk pon bg aku makan
slalu ko akn jerit sjk mkn sesame..aku tatau ape aku da wat...
kdg2 kite perlukan mse sndrik
nway thanz sbb puji aku dpn mdme..hargai sgt
tu memadam rase skit dlm hati aku wlpon smntara
aku mls pk da
sbb kalo ungkit2 smpai bile tak abis.
ko ade life ko, ko berhak ats diri ko..percayelah aku tak niat pon taknk makan mknn mk ko...slme ni aku dtg je kan..tp bile aku dtg n takde y hirau aku ase aku da tak dperlukan..mcm ko cakp bia die terbang, de mse die sendiri n aku buat gtu jugak...bkn bmkne ko hilang aku..tu pon kalo ko aggp aku kwn rapat la..hahaha so chill..jd snstif tak struk y ko sngke..juz b urself..tk pyh tiru2 org..tak ori beb

Naniey TJ said...

aq sukakan masz krn kau masz....
aq x suka ko dbyngi oleh org lain wlaupun rumate ko.... aq ske prngi ko yg slalu ksh dgn org d sekeliling.... bkn spt m'sia tnpa rasa......
aq ske ko yg slalu mnje2 ngn aq....aq thu ko ske ble aq urut2 kaki ko, belai2 rmbut ko.... ak ske bt ko slesa ngn aq.. n aq rse....sbnrnya ko jge de prasaan yg hlus itu...sme mcm aq n ipah.... prsaan snstif.... walupun xbyk tp ttp ada....itu tndanya ko peka pd p'sekitaran ko..... n aq ske ble ko prihatin pd kami....tq....4 be my friend... as long as u need me.. i/m here 4 u

jude razali said...

i lost you...sorry my dear fren..
i need 2 fit smthng.. between us...

Masz Mukhtar said...

ipah: semua da berlalu

naniey: tapi aku lagi suka tak kisah. aku tak sakit, ko tak sakit. kan lg bagus. fair n square!

jue: biala masa yang tentukan semua ni. kadang2 kita tak sedar apa kita buat. sorry kalau aku ada sakitkan ati ko tanpa sedari.

IBAL said...

dat i miss smthing here..ouh..ade namer aku..p sebab entry ni da expired..so no komen..hahaaha..gua pun sayang lu pe..

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages