aku terbaca sebuah kisah di dalam majalah mastika yang menarik perhatian aku. mungkin ceritanya bertulisan jawi, membuat aku cuba membacanya. mungkin cerita ni orang dah biasa dengar atau tahu, tapi bagi aku cerita ni buat aku terfikir, muhasabah diri dan memandang fenomena disekeliling kita. ceritanya macam gini.
Pernah terjadi di suatu kampung di Timur Tengah di mana terdapat seorang pengembala kambing yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya dimintai pertolongan.
Yang aneh, jumlah kambing di dalam kandang sederhana yang besar itu tidak pernah berkurang walau banyak orang datang untuk membeli kambing daripadanya. Belilah seratus ekor sekalipun, setelah kambing-kambing tersebut di bawa keluar dari kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor dibawa keluar dari kandang.
Maka seluruh alim ulama dan penduduk kampung telah beranggapan bahwa pengembala kambing tersebut adalah seorang Wali Allah dan mereka telah bermufakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kambing tersebut dan memohon supaya dia menjadi imam solat di masjid karena mereka ingin mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kambing tersebut.
Hasrat mereka telah disetujui oleh pengembala kambing. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kambing telah menjadi imam. Malangnya, beliau hanya membaca surah Al-Fatihah dan ayat lazim yang mudah sahaja. Bacaan beliau pula tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang ke rumah masing–masing sambil tertawa terbahak–bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kambing sebelum ini sebagai Wali Allah telah jauh meleset. manakala alim ulama pula berasa sangat kecewa.
Pada malam tersebut, seluruh alim ulama dan penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan tampan di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Allah. Subhaanallaah.
Keesokan harinya, semua alim ulama dan penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kambing.
Malangnya, pengembala kambing telah tiada, kandang dan kambingnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah–olah kandang kambing tidak pernah wujud! mereka semua menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment