Friday, May 18, 2012

DIY Craft: Duct Tape Rose

Assalamualaikum dan hello semua.

Hai hai. Memandangkan aku sedang bosan bercuti tanpa izin *dan dah kena bebel*, aku mencuba membuat bunga rose dari duct tape yang telah dibeli tanpa tujuan dengan menggunakan baucer buku.

Oh ye. Aku buat bunga ni pun ikut youtube. Disebabkan aku ni amatur dan budak baru nak pandai merangkak, dia jadi agak kurang cantik lah.

Meh kita buat sesama.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah;
Duct tape merah (bunga) dan hijau (daun+batang),
Marker pen hijau dan merah,
Gunting,
Player,
Dan dawai halus.

Memula, guntingkan duct tape, dan lekatkan pada dawai halus,


Kemudian, lipatkan duct tape tersebut dengan tak sama panjang,


Guntingkan duct tape tersebut menjadi melengkung.


Kemudian, warnakan tepi duct tape tersebut guna marker pen merah agar tak nampak putih-putih kesan gunting tu. *macam tu jugak daun nanti, tapi guna marker hijau pulak oki!*


Gulungkan duct tape yang telah digunting menjadi gulungan yang paling kecil sebagai dasar kelopak bunga,


Tampal dan gulungkan duct tape lain yang telah digunting untuk menjadi kelopak-kelopak bunga yang lain.

Kauorang boleh buat beberapa kelopak bunga yang kauorang suka. *aku buat sepuluh jek*

Kemudian, pintalkan dawai2 halus agar menjadi kemas. Kalau tangan kauorang lemah, boleh guna player ok.


Sekarang, untuk membuat daun bunga, gunting duct tape berwarna hijau dan lipatkan tak sama panjang. Dan guntingkan menjadi bentuk segi tiga. Buat dalam 4 hingga 5 segitiga.


Lekatkan segi tiga tersebut dibawah kelopak bunga yang telah siap.


Untuk mengemaskan lagi batang bunga daripada dawai2 halus yang telah dipintal tadi, lekat dan gulungkan duct tape berwarna hijau padanya.


Okies. Sekarang sudah siap. Kauorang boleh buat banyak2, dan bentuklah sendiri jambangan bunga ros kauorang.


3 comments:

ParkAir said...

erk? simple je rupanya ye.

Pija said...

cantik vongokk!kau tak pernah bawak balik bilik pun

Iffah Afeefah said...

cantik masz

siyes rase nk berkreatif tetibe wakaka

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages