Thursday, September 29, 2011

Perubahan

Assalamualaikum dan hello semua.

Pernah terfikir nak berubah? Ke kau orang memang dah berubah, tapi masih tak sedar.
Berubah ni banyak kan. Ada yang baik, ada yang tak.

nasihat diri sebelum nasihat orang lain. T__T



Aku rasa aku dah banyak berubah. Mungkin nampak baik sikit.
Dulu terlebih baik, sekarang laaagggggiii baik. OKPerasan! Aku rasa semua orang patut berubah.
Bukan masih di tahap yang sama. Dan seelok eloknya, mesti lah ke arah kebaikan.

Antara benda yang aku harapkan nak berubah:
1. Sikap aku.
Kalau boleh biar lebih sopan. Kesopanan dan kesusilaan. Rukun negara ke 5!

2. Pemikiran
Matang sikit! Takkan nak asyik kena tegur, baru nak sedar diri. Aigo T___T

3. Hubungan
Dah ubah status. Dah bosan asyik jadi single. Haha OKGATAL!

4. Penampilan
Berharap sangat dapat ubah yang 1st, maka yang ini mungkin terhasil. =.='

Kepada mana mana pihak yabg belum berubah. Meh la berubah sama. Kita kan tak boleh berada di takuk yang sama. Kenalah berubah. Contoh dulu bila tak siap kerja, tak faham buat kerja. Baru nak cari orang. Bila faham, lupa orang. Mana boleh macam tu kan. Haipp. Babab karang.
Berubahlah untuk kebaikan. Jangan ingat bila rasa susah, jangan buat baik, tapi nak tunjuk tunjuk. Ohh. Nak bagitau satu dunia "si Polan teruk, sayew baik." Ohhh. Tidak. Itu semua tak bagus. *Tak bagus punyeeee okie!

Sekarang aku akan berubah untuk menjadi lebih jahat. HAHA *evil laugh.


P/s: tak suka orang yang menegur orang tapi tak sedar diri sendiri. (aku lettew) haha. Kita kalau nak berubah kena dari hati ye adik adik. Jangan kena bebel potpet potpet (baca: nasihat), baru nak insaf. Lepas tu hampeh balik.


Okielah. Bye. Tak ada motif. Aku jugak la tu. :))

Tuesday, September 27, 2011

Pengkaji Bunga Separuh Masa?

Assalamualaikum dan hello untuk semua.

Baru baru ni aku doodle bunga. Seronok. Walaupun hodoh.
Tapi kata Encik Beliau, dia perlu menjadi pengkaji separuh masa bila aku dah start doodle bunga separuh masa katanya.
Apa kejadahnya? (tiru gaya cakap macam Fifi Fairus Fuiyo Ok)

Oh ye. Aku rajin doodle sebab aku dah ada pen untuk drawing. Yeah.
Walaupun mahal pen tu, tapi apabila disponsor, aku jadi gembira sangat. Maka, mari berjimba menghabiskan ink.

Okie. Let's see bunga bunga
awal awal nampak bunga sudah



siap sudah. habiskan ink dengan warnakan




sayalah pelukis bunga separuh masa tu. =.='




P/s: terima kasih encik

Beliau kerana menyokong usaha kerajaan memperkembangkan lagi daya kreativiti kanak kanak. Hahaha

Monday, September 26, 2011

Contengan Murahan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.
Heee

Entry ini bukan entry menunjuk.harap maklmum.

Okie. Aku nak tunjuk contengan jalanan murahan kat Pedah.

kosong. rasa macam nak penuh penuhkan je >__<



comel bukan? heee. perasan =.='



kenapa kau warna kelabu? huduh betul.


P/s: rasa macam nak penuhkan je cover depan tu. Namun tinggal kenangan. Telah diberi amaran awal awal. *sobsob.

Wednesday, September 14, 2011

Jantan tak sedar diri, macam sial bukan

Assalamualaikum dan hello semua.

Tengahtengah aku buat kerja, tibatiba Pedah aku bebunyik.
Ada orang YM. Aku tengok budak YM zaman muda mudi aku main YM.
Aku pun layan dengan nama kawan. Sebab lama kot aku tak YM.

Aku dengan semangat kekawanan tanya. Kau dah kawen belum.
Dan good bila dia jawab dah. Dan da ada baby sendiri, baru tiga minggu.
Alhamdulillah. Dulu zaman kamikami YM, dia tunang dah. Lepas tu dengar putus. Lepas tu terus tak chatting lagi.

Tibatiba dia tanya aku
JS : weh, janda aku apa cite?
Aku: sapa janda kau?
JS : ala, yang selalu balik KL dulu tu
Aku: ohhh. Dia. Ok je. Kawankawan kita semua ok.
JS : weh, macam mana aku nak contact dia?
Aku: gi la add fb dia. Ym di tukar id kot.
JS : aku segan sial. Bak tang no dia weh.
Aku: mana boleh jual no orang sukasuka. Kau mintakla sendiri.
JS : aku malu. Mintakla weh. Toksah nak kedekut.
Aku: kau add fb dia, kalau dia approve. Kau mintak sendirik.
JS : ok2. Tapi kau jangan bagi tau dia aku dah kahwin tau. Dah ada anak lagila.
Aku: pesal pulak?
JS : please weh.
Aku: malas nak masuk campur

Aku terus blah, menyiapkan diri untuk ke kelas.

What-the-pak jantan sial macam tu. Bini dah ada. Anak baru je tiga minggu lahir. Boleh dia macam nak gatalgatal. Haish. Aku tak boleh terima. Dia tak terfikir ke azab bini dia time nak bersalin tu. Nak lahirkan anak dia. Aku serius shitla jantan macam tu. Reminds aku sorang jantan yang tak berguna.

"abang tengok akak bersalin, abang tak sampai hati nak tengok dia. Kalau dah taknak anak lagtakpela. Besar pengorbanan akak. Betulbetul abang jaga dia."

Serius shit. Holy shit! Jantan kalau memang tak sedar diri memang macam sial.
Dah kawen, tolong buat cara dah kawen
Kawan buat cara kawan. Kawankawan, kenapa kau nak sorok status kau?
Apa perasaan bini kau bila tibatiba tau laki dia macam sial? Aku serius emosi.

Aku harap kawan aku tak layan dia pun. Jantan macam tu tak boleh buat kawan, kan?

P/s: JS stand for jantan sial. Kau orang rasa macam sial tak perangai diA? Mak tak boleh terima thokk.


------------cakap lagi---------
Balik semula mendoodle. Doodle lagi seronok dari main Pedah. Serius doodle mengasyikkan. Uh ohh

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages