Sunday, August 26, 2012

Hantaran Pertunangan

Semalam abang aku tunang. Penat! Jauh menghantarnya. oh ye. Aku yang buat hantaran-hantaran tu. Buat yang simple-simple je.
hantaran cincin dan simbolik duit 10% daripada hantaran

minyak wangi

sejadah dan al-quran

buah-buahan

baju kurung moden

sirih junjung

telekung

coklat
hantaran daripada pihak lelaki 9 dan dibalas 11 oleh pihak perempuan.
kenapa aku tak ambik gambar kat rumah perempuan sana sebab aku bawak kamera, tapi tak bawak bateri dia. =_='
rugi! tak ada gambar raya tahun ni. :(

Thursday, August 16, 2012

Selamat hari raya semua

Kartun inot, aku cilok. Malas nak lukis. Ucapan sama.

Posted via DraftCraft app

Tuesday, August 14, 2012

Siri Orang Lidi: Puasa II

Teringat zaman dulu-dulu. Time kecik-kecik. Ienot adalah dalam umur 3/4 tahun. Epul pulak 10/11 tahun.



Benda memang jadi bahan tiap kali puasa sampailah sekarang. Ienot 18 tahun, dan Epul dah 25 tahun! Hadoi. Hadoi.

Posted via DraftCraft app

Tuesday, August 7, 2012

Siri Orang Lidi: Aku

Ini entry pengenalan diri. Dan ya! Ia berunsurkan peribadi.


Kau. Kau. Kau. Ya! Kau!
Aku nak tanya, kau kenal ke aku? Ye. Aku lah. Diri aku! Kau kenal? Kenal?
Meh aku bagi kenal lagi. Aku

1.OUTSPOKEN


2. SOMBONG/KEREK


3. BOSSY


4. CEREWET


5.BOYISH


6. KASAR


Aku orang yang hanya ada sikap NEGATIF!


Pesanan: kauorang fikir semasak-masaknya bila kauorang nak start kawan dengan aku. Aku takkan ubah diri aku demi kau. Kalau kau rasa kau tak boleh masuk dengan diri aku, aku harapkan kau tak payah buat keputusan paling ngeri dalam hidup kau untuk kawan dengan aku. Aku malas nak jaga hati dan perasaan orang. Sekian!

Posted via DraftCraft app

Monday, August 6, 2012

Siri Orang Lidi: Kereta dan Penampilan

Kesian Encik Beliau bila...
Tula. Nampak sangat macam driver


Diharapkan penjaga2 stesen minyak dan tukang2 cuci kereta jangan tanya benda tu lagi pada beliau. Beliau sensitif.

Posted via DraftCraft app

Sunday, August 5, 2012

Siri Orang Lidi: Adik

Ada adik ni seronok. Kau boleh..
Suruh ambikkan barang.

Suruh masak sebab kau nak makan.

Gosokkan baju yang seribu kedutan.

Kemaskan bilik yang super bersepah.


Dan jugak....
Suruh macam- macam. Hahaha

Tapi....


YANG TAK SERONOKNYA IALAH...
Kau kena korban sikit duit untuk dia. Huwaaa

Posted via DraftCraft app

Saturday, August 4, 2012

Hantaran Pertunangan

Cuba teka, apakah bentuk gubahan yang dibuat ini?

Friday, August 3, 2012

Siri Orang Lidi: Ucapan

Hari ini 3 Ogos 2012.

Dikesempatan ni, aku nak ucap Happy 25th Birthday kat orang yang paling rapat dengan aku sejak dari kecik, Epul. Semoga panjang umur, murah rezeki *nak raya ni, duit raya aku jangan lupa. Nak shopping lagi* dan jugak berbahagia hingga akhir hayat.

Sekali lagi,

Gua sang lu bro! Sampai akhir hayat. Dah kahwin nanti jangan lupa adik kau yang baik ni. Peace!

Thursday, August 2, 2012

Siri Orang Lidi: Ragam Bila Kantoi

Assalamualaikum..

Kauorang penah rasa kantoi? Bila kau buat jahat/ salah, tetiba kantoi. Contoh.
Sedang kau asyik berjimba diluar pada waktu malam sebab kau fly asrama, tetiba kantoi warden call. Apa reaksi kau orang?
Ada orang, bila dah kantoi buat salah, dia akan melarikan diri dahulu. Dia tak peduli apa yang berlaku pada orang lain asalkan dia selamat. Orang macam ni, lain kali kau jangan ajak dia hangout sama-sama lagi. Senang kita sama-sama, susah kauorang sendiri tanggunglah.

Ada orang, bila dah kantoi buat salah, dia akan tampilkan diri dia untuk selamatkan kawan-kawan yang lain. Orang yang macam ni rasa persahabatan yang tinggi. Dia sentiasa rasa bertanggungjawab atas diri kawan-kawan yang lain. Senang sama-sama, susah biar dia sendiri. Orang macam ni, kau secara tak sedar akan ambik kesempatan atas sikap tanggungjawab dia. Hangout sesama best, bila kantoi lagilah best

Ada orang, dah berpegang janji. Janji tu selalu buat before buat. Susah senang sama-sama. Enjoy kita sama-sama, kantoi pun kita sesama. Takut pun rasa sama-sama. Kena marah sama-sama. Semua sama-sama. Mula-mula takut bila kantoi. Lepas kejadian, kau rasa seronok. Orang macam ini, kau boleh ajak enjoy sama-sama lagi! Ini baru nama kawan sejati. Haha


#kauorang, orang yang macam mana pulak ragamnya? Aku? No 3 tu kot. Tapi aku pun takut banyak daripada berani je. Kalau boleh nak nyorok je. Duduk2 belakang je. Huwaaa.

Oh ye. Orang macam aku. Hangout sesama boleh, tapi tak boleh selalu. tak lama lagi selamatkan diri sendirila ni. Takut banyak kan.. Huwaaaa

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages