Wednesday, February 16, 2011

I Got A Message


Assalamualaikum.

Baru je lepas dapat call.
Aku ingatkan beliau yang telefon aku.
Punyalah semangat. Sekali ayah aku dah.
Tak habis-habis suruh balik minggu ni.
Yela ayah. Dikmas balik lah minggu ni.
Baru nak 2 minggu tak balik, dah risau.
Aigo. Susah2.
Ni lah sebab belajar dekat dengan negeri sendiri ni.

Okie. Bukan cerita ayah aku tepon aku nak cerita.
Tapi nak cerita pasal beliau, a.k.a soulmate aku.
Soulmate? Wallaweh. ß kami mahu kahwin bila ada rezeki dan jodoh

Aku tertunggu-tunggu msg beliau.
Alamak. Berharap dia dapat hantar msg dengan jayanya.
Tunggu. Dan tunggu. Dan tunggu.
Sampailah....

ni lah gaya aku. suka dapat msg.

bukan senang tau. 
dapat msg dari Nabawan tu.
line pun ada tak ada. dah kena halang dengan hantu agaknya.

Kepada beliau disana:
bertabah okie. mencuba dengan kerap untuk hantar msg ke saya. 
atleast saya dapat msg awak even pagi awak hantar, malam baru dapat.
tak apa. asalkan saya tau keadaan awak dekat sana. 
cepatlah weekend dan keluar cari rumah sewa di Keningau sana.
nanti telefon saya lama-lama okie


okie. stop here.
charlo betey



Monday, February 14, 2011

Yeye. Ada Sketch Book Baru


Assalamualaikum.


buku yg berharga RM5 je. beli dekat Carefour
Yeha. Aku just nak bagitau, aku dah beli sketch book yg baru.
Kocik  yo. Murah. Senang nak bawak pergi kelas.
Conteng2. Tak ada la lecturer aku perasan lagi.
Tengok hasil contengan aku.
Aku malu. Aku tidak tipu!




Aku bukan apa.
Aku gila betul menconteng.
Doodle sane sini.
Memang la tak lawa.
Tapi aku puas kot.
Khayal bila start menconteng.
Betul. Tak tipu. Cuba korang try sendiri.


balik je bilik, terus conteng buku tu. teruk kan aku. haish

bila bosan asyik black n white, kite kasi kaler sikit. yeha

P/S: aku berminat dengan seni, tapi aku tidak berseni. Bagaimanakah??


okie. chow.
charlo betey

Seronok Bukan Kalau Jadi Model


Assalamualaikum

Sekarang ni aku tengok ramai sangat orang jadi model.
Kadang-kadang muka tak adalah seberapa, tapi tetap jadi model.
Pergila mana-mana blog or FB, mesti masing2 nak tayang gambar photoshoot.
Aish.

Kenapa ek  senang sangat jadi model?
Aku tengok Top Model tu, punya lah susah nak jadi model.
Pose gini tak betul la.
Pose gitu tak kena la.
Muka tak strong la.
Apa-apa jela.
Yang benda ada jelah yang tak kenanya.
Haish.
Baik pergi Malaysia lah oi.
Confirm dah boleh jadi model.
Kan. Kan. Kan.


rumate aku buat photoshoot sebab tolong abang dia. i jelesh you!


Mungkin sekarang dah ramai sangat ada SLR kan.
Pastu belajar photoshop sampai terer.
Pastu ambik la siapa-siapa yang rasa ok la tok jadi model.
Gambar tak lawa pun jadi perfect kan?
Tapi musykil.
Dorang yang ramai-ramai jadi model tu. 
Jadi model tuk apa ek?
Setiap benda mesti ada tujuan kan.
Mana nak datang side income gitu.

P/S:
aku pun teringin ada photoshoot .
Pengaruh Top Model betul.
Tapi muka tak cantik. Wiwiii~~
kasar, berangan ko nak jadi model Masz!
Gi masuk toilet, cerminkan diri sendiri okie. haha


ok la. stop here.
charlo betey




Sunday, February 13, 2011

I'm Addicted. Uh Oh


Assalamualaikum.
Bertemu lagi aku bersama blog aku ni.
Hehehee.

Okie, tak ada cerita menarik.
Saje nak bagitau, aku dah meng-up-date akunye koleksi tok mendoodle.
Gila mak! Aku begitu taksub.
Minat gila la senang cerita.
Seronok apa conteng-conteng.
Sampai duit makin nipis, namun anda tidak akan sedar.
Haha.

ni baru starting beli. sikit2. lama2 baru jadi bukit. kan. kan


gaya yg huduh apabila leka dapat pen dan kertas. layan beb


hasil-hasilnya.
ia huduh, selekeh dan tidak jadi. aku kecewa

simple bukan?

okie. stop here.
charlo betey


Friday, February 11, 2011

Doodle. Alahai.


Assalamualaikum.

Hai. 
Bertemu lagi aku bersama blog aku ni.
Rajin bukan aku meng-up-date blog aku sekarang.
Haha. Takdela.
Aku just nak kongsi apa yang aku minat + gila sekarang.
Iaitu doodle-ing.

Tau tak apa apa tu doodle? 
Ala. Doodle tu macam conteng2 aja.
Senang bukan.
Ambik pen, nampak apa2 kertas atau barang2 yang boleh conteng.
Dan anda terus la lakukan contengan tersebut.
Yeah2.
Hahaha.

Okies.
Jom tengok2 apa yang aku conteng setakat ni.

doodle on frame - ni 1st time aku cube men-doodle kat tempat lain selain kertas. aish. sgt comot



bila bosan time kelas, aku doodle-ing. jd colourful bile friend of mine turut same menyibuk. haha



tgk. sama aje corak + kartun die. huwa. aku tidak pandai melukis.



ni 1st time aku cube doodle-ing secara penuh. ape ke rupa. aish.

ni kenangan tuk beliau sebelum beliau membawa separuh jiwa aku pergi. sedih.
the doodle that i love the most! haha. look funny. but im lovin' it.


okie. sekian utk tatapan doodle yg buruk itu.
chow. charlo betey




Thursday, February 10, 2011

Alhamdulillah. Semua Berjalan Dengan Lancar


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 
Dah sampai dengan selamat beliau kat Nabawan, Sabah.
Mungkin dah sampai SK. Simatuoh agaknya.
Line telefon takde. Jadi tak dapat infom.

Aish.
Sedih bukan.
Aku masih lagi bersedih.
Tapi takpe. Atleast aku tak risau sangat.
Dia hanya dapat pedalaman 2 yang masih menggunakan jalan darat sebagai jalan utama. What a relief! Pfft.

Okie.
Tak perlu sedih. Percaya pada jodoh.
Cari hobi baru~
Meh sama-sama kite ber-doodle.

P/S: aku mahu kahwin. Aku tidak tipu.
Okie. Bye. chow


Tuesday, February 8, 2011

Sedih.


Assalamualaikum.
Lama aku tak update blog. tak tau nak cerita apa.
Macam-macam jadi. Dari Epul masuk keluar wad, sampailah GETO kena pergi Sabah.

Sedih.
Aku tak tipu. Kenapa aku sedih.
Sedih sebab Geto kena pergi Sabah. Hilang separuh jiwa aku.
Macam jiwang kan. Entahlah. Aku bukan jiwang. Tapi aku cakap apa yang aku rasa.
Dah nak 6 tahun kitorang bersama. Dia selalu ada dengan aku.
Even dia bukan dekat sisi aku sentiasa. Dia tempat aku mengadu.
Bila aku ada masalah. Bila aku sakit. Bila aku malas buat kerja, tak sempat.
Dia yang tolong aku. Dia bagi semangat kat aku. Untuk everything.

Sedih gila
Bila aku tak dapat hantar dia pergi. Entahlah.
Aku ada pilihan, tapi keadaan lebih mengatakan tak payah.
Teruk bukan. Tapi aku lagi rasa teruk. tak tipu. Aku rasa macam tak nak bagi dia pergi je.
 Tak payahlah pergi wak. Aku rela je kamu mengajar sini.
Duit tak banyak pun, takpe. Asalkan kamu dekat dengan aku.

Sedih gila-gila.
Nanti aku nak ngadu kat siapa, kalau aku sakit gigi?
Nak ngadu kat siapa bila sakit perut?
Pening kepala? Sakit dada?
Siapa nak temankan aku bila aku duduk sorang-sorang?
Siapa nak tolong tutupkan mulut aku bila aku menguap?
Siapa nak tolong aku buat assignment, kerja2?
Siapa nak pinjamkan bahu bila aku rasa down, nak menangis?
Siapa nak puji aku, bila aku dapat papa yang bagus?
Siapa nak hargai doodle2 aku, even tak lawa dan comot.
Siapa nak bagi aku semangat, kata-kata nasihat bila aku down, buat salah?
Siapa yang boleh tahan perangai aku lagi?

Janganlah pergi. Aku merayu.

Thanks!!

terima kasih kerana sudi singgah baca apa
yang aku merepek ni. huhu. cewwah.
haha. bubbbye

Pages